| Summary: | Susun atur ruang di dalam rumah adalah elemen penting dalam merekabentuk sesebuah rumah. Ketika zaman terdahulu, masyarakat tidak sesekali mengambil enteng dalam menyusun atur ruang untuk memastikan keselesaan penduduk sesebuah kediaman tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang permasalahan susun atur ruang yang semakin tidak diambil peduli oleh sesetengah penduduk. Ruang penting seperti ruang dapur serta bilik tidur yang menjadi ruang yang paling penting kurang di beri kepentingan pada masa kini. Perbincangan ini dibahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama adalah pengenalan terhadap susun atur ruang-ruang yang terdapat di dalam rumah. Bahagian kedua, adalah perbandingan susun atur rumah tradisional serta rumah moden. Bahagian ketiga, adalah sebab –sebab yang menjadikan susun atur rumah tradisional berubah dan bahagian keempat adalah, kesan-kesan yang mungkin terjadi disebabkan perubahan susun atur yang berlaku. Diharapkan melalui penulisan ini, dapat memberi kesedaran terhadap masalah susun atur ruang rumah moden berbanding rumah tradisional yang mempengaruhi satu aspek besar iaitu aspek sosial dalam kalangan masyarakat.
|