| Summary: | Bab ini memaparkan latar belakang hubungan etnik di Malaysia secara umum yang bertujuan memberikan gambaran tentang beberapa asas atau faktor yang dikira penting bagi memahami hubungan antara etnik di Malaysia. Aspek-aspek yang dimaksudkan ialah sejarah, agama, sosial dan budaya, ekonomi, politik setempat, bahasa, sentimen dan psikologi. Dengan melihat aspek-aspek tersebut, maka suatu perspektif yang umum dan menyeluruh dapat diberikan terhadap tabiat, bentuk dan struktur yang mempengaruhi hubungan antara etnik di Malaysia
|