Terjemahan gambaran retorika dalam qasidah al-Maulid al-Dayba`i.

Kajian ini memfokuskan kepada penterjemahan gambaran retorika yang terdapat dalam qasidah al-Dayba'i yang memuji Rasulullah S.A.W. Amalan berqasidah dalam menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah S.A.W. menggunakan bahasa Arab masih menjadi amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Usaha unt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Muhd Zulkifli, Mohamad, Ab Halim, Wan Sulong, Wan Muhammad
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27625/
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada penterjemahan gambaran retorika yang terdapat dalam qasidah al-Dayba'i yang memuji Rasulullah S.A.W. Amalan berqasidah dalam menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah S.A.W. menggunakan bahasa Arab masih menjadi amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Usaha untuk mendekatkan dan mendedahkan intipati kandungan qasidah ini kepada masyarakat dilakukan antaranya melalui proses penterjemahan qasidah itu sendiri. Persoalannya yang ingin dikaji adalah apakah unsur-unsur gambaran retorika berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran dan bagaimana keadaannya jika dibandingkan dengan bahasa yang asal. Dapatan kajian mendapati penterjemahan gambaran retorika terutama yang berunsur metafora berjaya digambarkan dalam bahasa sasaran dan mengekalkan maksud asal yang dikehendaki dalam bahasa asalnya.