Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan: satu sorotan

Sokongan pekerja semasa pelaksanaan perubahan organisasi adalah penting untuk memastikan perubahan tersebut mencapai kejayaan. Oleh itu, mengenal pasti faktor-faktor yang boleh memotivasikan individu untuk menyokong perubahan organisasi adalah penting. Kajian-kajian lepas telah mengesahkan faktor-fa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Mahmood, Wan Baharudin, Idris, Khairuddin, Abu Samah, Bahaman, Omar, Zoharah
Format: Article
Language:English
Published: Secholian Publication 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26828/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26828/1/Teori%20tingkah%20laku%20berencana%20dan%20tingkah%20laku%20menyokong%20perubahan%20satu%20sorotan.pdf
Description
Summary:Sokongan pekerja semasa pelaksanaan perubahan organisasi adalah penting untuk memastikan perubahan tersebut mencapai kejayaan. Oleh itu, mengenal pasti faktor-faktor yang boleh memotivasikan individu untuk menyokong perubahan organisasi adalah penting. Kajian-kajian lepas telah mengesahkan faktor-faktor yang boleh memberi kesan terhadap tingkah laku individu menyokong perubahan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat beberapa kajian sahaja yang telah mengenal pasti faktor-faktor yang berpotensi dalam bentuk kerangka kerja yang berasaskan teori khususnya menggunakan teori tingkah laku berencana. Oleh itu, kajian ini meneroka bagaimana faktor jangkaan manfaat dari perubahan, sokongan penyelia dan efikasi kendiri berkenaan perubahan menggalakkan tingkah laku individu menyokong perubahan. Seterusnya, sorotan yang dilakukan menawarkan beberapa proposisi berdasarkan literatur terkini untuk dibuat kajian empirikal yang lebih mendalam bagi mengenal pasti kesan faktor-faktor tersebut ke atas tingkah laku menyokong perubahan yang boleh dijadikan panduan dalam bidang akademik dan juga praktis.