Pengenalan rangkakerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu kajian literatur

Kajian penyelidikan merupakan kaedah akademik yang diaplikasikan dalam dunia sebenar bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan masyarakat. Proses penyelidikan dalam mencapai objektif kajian mempunyai rangkakerja lengkap termasuk metodologi. Metodologi ialah kaedah digunakan untuk mengutip dan meng...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ang, Kean Hua
Format: Article
Language:English
Published: Secholian Publication 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26126/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26126/1/Pengenalan%20rangkakerja%20metodologi%20dalam%20kajian%20penyelidikan%20satu%20kajian%20literatur.pdf
Description
Summary:Kajian penyelidikan merupakan kaedah akademik yang diaplikasikan dalam dunia sebenar bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan masyarakat. Proses penyelidikan dalam mencapai objektif kajian mempunyai rangkakerja lengkap termasuk metodologi. Metodologi ialah kaedah digunakan untuk mengutip dan mengumpul data melalui tatacara efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Metodologi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu proses perancangan, proses aplikasi dan proses analisis. Kajian literatur rangkakerja metodologi ini mengutamakan proses perancangan yang melibatkan reka bentuk kajian penyelidikan yang boleh dibahagikan kepada eksperimental dan bukan eksperimental. Kaedah eksperimental boleh dikategorikan kepada kajian eksperimental benar dan kajian kuasi eksperimental. Kaedah bukan eksperimental dibahagikan kepada kajian tinjauan, kajian lapangan, kajian kes, kajian tindakan dan kajian sejarah. Kebanyakan kaedah eksperimental digunakan dalam bidang sains tulen, manakala kaedah bukan eksperimental digunakan dalam bidang sains sosial. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah masih relevan untuk diaplikasikan ke dalam bidang-bidang kajian tertentu agar dapat mencapai objektif dan hipotesis kajian. Oleh itu, metodologi wajib dirancang dan diaplikasikan dengan betul, tepat dan jitu supaya proses sebelum dan semasa mengutip data serta selepas mengumpul data tidak mengalami sebarang kesalahan, kesilapan dan kecuaian yang boleh menjejaskan kajian peneyelidikan.