Penguasaan kosa kata Arab program j-QAF dalam kalangan murid sekolah rendah DuP

Kosa kata Arab merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah untuk menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah seban...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Hasnurol
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22138/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22138/1/FBMK%202010%2035R.pdf
Description
Summary:Kosa kata Arab merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah untuk menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah sebanyak 600 patah perkataan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah, murid masih melakukan kesalahan dalam aspek kosa kata, terutamanya dalam aspek mengetahui makna perkataan Arab dan menggunakannya dalam ayat di samping aspek ejaan perkataan Arab. Program j-QAF merupakan satu program pendidikan baru yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan unit Bahagian Pendidikan Islam (BPI) yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Bahasa Arab adalah subbidang dari program j-QAF tersebut selain Pelajaran Jawi, al-Quran dan Fardhu ‘Ain. Justeru, kajian ini bertujuan