Muhammad Razie dan Lai Kwan dinobatkan Atlet Terbaik UPM 2013
SERDANG, 14 Mei – Pemain hoki negara Muhammad Razie Abd Rahim dan perenang negara Chui Lai Kwan dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Anugerah Sukan UPM Ke-30 di sini hari ini. Kedua-dua atlet masing-masing membawa pulang piala iringan dan w...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | UPM News |
| Language: | English Malay |
| Published: |
Universiti Putra Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21853/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21853/1/Muhammad_Razie_dan_Lai_Kwan_dinobatkan_Atlet_Terbaik_UPM_2013.pdf |
| Summary: | SERDANG, 14 Mei – Pemain hoki negara Muhammad Razie Abd Rahim dan perenang negara Chui Lai Kwan dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Anugerah Sukan UPM Ke-30 di sini hari ini.
Kedua-dua atlet masing-masing membawa pulang piala iringan dan wang tunai sebanyak RM1,500 yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni), UPM Porf. Dr. Mohammad Shatar Sabran.
Bagi Muhammad Razie, pelajar Fakulti Ekologi Manusia, pemilihan beliau berdasarkan pencapaian cemerlang bersama skuad kebangsaan tahun lalu dan meraih tempat ketiga Kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland.
Manakala Lai Kwan, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang meraih 14 emas pada Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 dan turut membantu skuad renang kebangsaan memenangi tiga pingat emas dan satu perak pada kejohanan Sukan Asean (AUG) di Laos tahun lalu. |
|---|