UPM Anjur Bengkel Tangani Penyakit Berjangkit

SERDANG, 22 NOVEMBER – Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Parasitologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan bengkel bagi membincangkan pelbagai aspek mengenai penyakit tropika. Bengkel bertemakan ‘Isu Global dan Hala Tuju Penyakit Tropika’ itu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2127/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2127/1/UPM_Anjur_Bengkel_Tangani_Penyakit_Berjangkit.pdf
Description
Summary:SERDANG, 22 NOVEMBER – Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Parasitologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan bengkel bagi membincangkan pelbagai aspek mengenai penyakit tropika. Bengkel bertemakan ‘Isu Global dan Hala Tuju Penyakit Tropika’ itu membincangkan pelbagai aspek mengenai penyakit tropika dengan memfokuskan penyakit denggi termasuk perkembangan semasa, langkah pencegahan secara pantas serta jangkitannya seperti virus dan bakteria. Pakar perubatan Mikrobiologi UPM, Dr. Leslie Than Thian Lay berkata peserta berpeluang meningkatkan pemahaman dan kepakaran mereka secara teori sebelum dipraktikkan secara langsung. “Boleh dikatakan hampir semua peserta bukan ahli akademik adalah individu yang bertugas dalam makmal dan bertanggungjawab mengenal pasti jangkitan yang dihidapi pesakit. Kira- kira 100 peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah, kakitangan hospital dan orang awam menyertai bengkel yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Kuliah Utama FPSK.