Penggubalan instrumen penilaian kemahiran insaniah akhiran

Dalam era persaingan global, kualiti graduan menjadi satu keperluan yang amat kritikal. Selain menguasai i1mu pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaitan, para graduan mestilah mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Mereka dituntut agar mempunyai tahap kemahiran insaniah yang mencukupi sem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Konting, Mohd Majid, Man, Nor Azirawani, Kamaruddin, Norfaryanti, Adam, Azura, Abdullah, Siti Norziah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20817/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20817/1/ID%2020817.pdf
Description
Summary:Dalam era persaingan global, kualiti graduan menjadi satu keperluan yang amat kritikal. Selain menguasai i1mu pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaitan, para graduan mestilah mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Mereka dituntut agar mempunyai tahap kemahiran insaniah yang mencukupi semasa mereka bergraduat. Justeru, satu mekanisme penilaian yang dapat memberi gambaran mengenai tahap kemahiran insaniah (KI) dalam kalangan pelajar perlu dibangunkan. Kertas ini melaporkan kajian tentang penggubalan instrumen penaksiran KI Akhiran yang digubal berdasarkan tujuh elemen KI yang dikenal pasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Keusahawanan, Kemoralan dan Etika Profesional dan Kemahiran Kepimpinan. Instrumen KI Akhiran ini menggunakan teknik psikometrik berasaskan senario berkait dengan 16 sub-elemen Kemahiran Insaniah Mesti (KIM). Isu penggubalan instrumen dan kesesuaiannya bagi menilai KI pelajar tahun akhir yang memasuki Fasa Ketiga dibincangkan dalam kertas ini.