Persepsi sikap dan motivasi mahasiswa Universiti Putra Malaysia terhadap Bahasa Inggeris : satu tinjauan Umum

Mulai awal Januari tahun 2003 pihak kerajaan telah mewajibkan semua mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris (BI). la telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, iaitu bermula dengan pelajar sekolah rendah hinggalah ke peringkat tertiari....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Mariani, Abu Samah, Asnarulkhadi, Tumiran, Nor Kameela
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20330/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20330/1/ID%2020330.pdf
Description
Summary:Mulai awal Januari tahun 2003 pihak kerajaan telah mewajibkan semua mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris (BI). la telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, iaitu bermula dengan pelajar sekolah rendah hinggalah ke peringkat tertiari. Sejajar dengan itu, Universiti Pulra Malaysia (UPM) juga telah mengambil inisiatif mengimplimentasikannya. Mulai tahun 2004, semua kursus di UPM yang mempunyai elemen Sains dan Matematik wajib dikendalikan dalam BI, dan implementaslnya itu telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, sehinggalah ke hari ini. Kertas ini bertujuan untuk meninjau dan memberi gambaran umum tentang persepsi, sikap dan motivasi mahasiswa terhadap penggunaan BI dalam proses pembelajaran mereka di UPM. Kertas ini merupakan sebahagian daripada kajian yang bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara persepsi, sikap dan motivasi dengan tahap pencapaian akademik di kalangan mahasiswa UPM. Seramai 321 orang mahasiswa pelaki (n=74) dan perempuan (n=246)] daripada dua buah Fakulti Sains Sosial di UPM telah terlibat dalam kajian ini. Untuk memenuhi objektif kajian, gabungan kaedah pengumpulan data secara survei menggunakan borang soal selidik dan Kumpulan Perbincangan Berfokus (Focus Group Discussion) telah digunakan. Kajian mendapati responden mempunyai persepsi yang tinggi tentang kepentingan BI. lronisnya, walaupun mereka menyedari tentang faedah da kepentingan 81 dalam dunia hari ini, kajian juga mendapati lebih separuh daripada responden mempunyai sikap yang rendah terhadapnya. Sikap yang rendah ini disebabkan mereka menganggap BI sangat susah untuk difahami, yang mana akhirnya menyebabkan mereka menjadi tidak berminat dan bosan terhadap subjek berkenaan.Beberapa saranan tentang strategi intervensi dan pendayaupayaan untuk mahasiswa yang menghadapi masalah dalam bahasa Inggeris juga turut dikemukakan.