Persepsi pensyarah terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran.

Satu prototaip sistem pengurusan pembelajaran (LMS) berdasarkan Model Reka Bentuk Pemprototaipan Pantas telah dibangunkan. Persepsi pensyarah mengenai keperluan LMS bagi menyokong pembudayaan e-pembelajaran dan menilai penggunaannya telah dijalankan. Persepsi pensyarah terhadap e-pembelajaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ab Aziz, Sidek, Md Yunus, Aida Suraya, Abdul Ghani, Abdul Azim, Meseran, Hamidah, Abu Bakar, Kamariah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20241/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20241/1/ID%2020241.pdf
Description
Summary:Satu prototaip sistem pengurusan pembelajaran (LMS) berdasarkan Model Reka Bentuk Pemprototaipan Pantas telah dibangunkan. Persepsi pensyarah mengenai keperluan LMS bagi menyokong pembudayaan e-pembelajaran dan menilai penggunaannya telah dijalankan. Persepsi pensyarah terhadap e-pembelajaran dari aspek sikap, kemahiran teknologi dan juga bidang kepakaran dikaji bagi mengetahui keperluan pensyarah untuk menggunakan prototaip LMS tersebut. Kajian mendapati pensyarah amat positif terhadap perubahan-perubahan baru yang berlaku terutama pembangunan ICT di kampus. Persepsi pensyarah terhadap prototaip LMS yang dibangunkan mendapati mereka begitu positif dan bersetuju dengan reka bentuk antaramukaan dan navigasi dengan nilai skor min melebihi 3.50 bagi setiap item yang diberikan. Responden bersetuju dengan reka bentuk LMS yang mudah dengan teks dipersembahkan dengan jelasnya (min=4.10, sp=O.77), kejelasan ikon atau grafik (min=4.14, sp=0.64), arahan-arahan yang mudah untuk diikuti (min=4.10, sp=0.68) dan dapat meneroka LMS tersebut (min=4.10, sp=0.79) dengan mudahnya. Hasil kajian juga mendapati lebih 40 pensyarah (53%) yang mengamalkan kaedah SCL mengemaskinikan nota-nota kuliah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Prototaip LMS telah berupaya menyediakan perkhidmatan sepertimana keperluan yang dikehendaki (min=3.35, sp=0.93) oleh pengguna. Bagi tujuan pengurusan bahanbahan pengajaran menerusi LMS, responden juga bersetuju bahawa amat mudah untuk memuat-naik (min=3.69, sp=0.82) dan memuat-turun (min=3.70, sp=0.80) dokumen-dokumen pengajaran. Secara keseluruhan responden bersetuju bahawa prototaip LMS tersebut yang mengandungi bilangan modul yang minimum amat begitu mudah untuk digunakan (min=4.04, sp=0.79) bersesuaian dengan tahap kemahiran ICT pensyarah.