Graduan jangan mudah terpengaruh dengan kebebasan bersuara melampau
SERDANG, 13 Okt - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar para graduan tidak mudah terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara daripada pihak yang mementingkan ideologi politik mereka. “Beta berharap para pelajar dan graduan tidak terjebak deng...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | UPM News |
| Language: | English Malay |
| Published: |
2012
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19954/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19954/1/Graduan_jangan_mudah_terpengaruh_dengan_kebebasan_suara_melampau.pdf |
| Summary: | SERDANG, 13 Okt - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar para graduan tidak mudah terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara daripada pihak yang mementingkan ideologi politik mereka. “Beta berharap para pelajar dan graduan tidak terjebak dengan budaya negatif seperti politik kepartian dalam kampus tetapi mereka boleh mengikuti perkembangan politik semasa dalam negara.
Namun, para pelajar dan graduan adalah dinasihatkan agar tidak terlalu taksub berpolitik hingga mengabaikan tujuan asal menimba ilmu,” titah baginda. Baginda juga menyeru agar graduan lebih matang dalam menangani apa juga permasalahan yang dihadapi atau yang berlaku di sekeliling. “Beta berharap ilmu yang dipelajari di universiti menjadi panduan agar graduan tidak mengorbankan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada masyarakat di Malaysia,” titah baginda semasa merasmikan Majlis Konvokesyen ke-36 UPM di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
|
|---|