Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal

SERDANG, 12 Julai – Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Negeri Selangor 2011 menggesa umat Islam di negara ini supaya lebih sentiasa sensitif terhadap status halal produk harian sepanjang masa dan bukan hanya ketika penyelewengan isu halal didedahkan. Ini kerana kemajuan sains dan teknologi pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049/1/Seminar_halal_APEEC_gesa_umat_Islam_sensitif_status_halal.pdf
_version_ 1848843412301676544
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 12 Julai – Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Negeri Selangor 2011 menggesa umat Islam di negara ini supaya lebih sentiasa sensitif terhadap status halal produk harian sepanjang masa dan bukan hanya ketika penyelewengan isu halal didedahkan. Ini kerana kemajuan sains dan teknologi pada masa kini menjadikan proses penghasilan sesuatu produk makanan begitu kompleks dan adakalanya tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin berkata laporan media yang sahih mengenai penemuan sebahagian produk harian yang bermasalah hendaklah dijadikan peringatan bahawa kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap status halal sesuatu produk. “Laporan kes Kluang Railway Station Cofffe baru-baru ini pasti menghairankan kita bagaimana kopi tersebut boleh mengandungi unsur babi. “Hal yang sama juga berlaku kepada minuman jenama Barbican dari timur tengah yang dikatakan halal tetapi masih mengandungi alkohol pada kadar 0.5 peratus sedangkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-22 pada 22 November 1988 menetapkan jumlahnya mestilah tidak melebihi 0.01 peratus,” katanya. Seminar halal anjuran bersama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (IPPJ) yang diadakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam kepada pengguna mengenai konsep halal. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah APEEC, Prof. Madya Lar. Dr. Nordin Abd. Rahman; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Mariam Abdul Latif; Pengurus Besar KFC Marketing Sdn. Bhd, Nasharuddin Shukor dan Pengarah Institut Penyelidikan Halal, UPM, Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man. Pada seminar itu, beberapa kertas kerja berkaitan halal turut dibentangkan antaranya Konsep Halalan Toyyiba dan Hala tuju Pengurusan Halal Negeri Selangor, Peluang Bisnes Bersama KFC dan Ayamas, Produk-Produk Bank Rakyat yang ditawarkan kepada Usahawan IKS, Integriti Halal dari Sudut Perihal Dagangan serta Peranan dan Kepentingan Makmal Analisis dalam Pengesahan Halal. Menurut Marzuki, ancaman sebenar isu halal di Malaysia pada hari ini adalah kelemahan membentuk kesedaran pengguna Islam walaupun mereka merupakan majoriti yang mendominasi permintaan. “Umat Islam masih lagi tidak sedar bahawa jaminan halal adalah hak yang perlu dituntut daripada pengusaha. Sebagai pengguna bijak, sikap mudah bersangka baik dan tidak mengambil berat tentang halal dan haram perlu diubah,” ujarnya.
first_indexed 2025-11-15T08:14:37Z
format UPM News
id upm-18049
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T08:14:37Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-180492013-05-27T07:57:41Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049/ Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 12 Julai – Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Negeri Selangor 2011 menggesa umat Islam di negara ini supaya lebih sentiasa sensitif terhadap status halal produk harian sepanjang masa dan bukan hanya ketika penyelewengan isu halal didedahkan. Ini kerana kemajuan sains dan teknologi pada masa kini menjadikan proses penghasilan sesuatu produk makanan begitu kompleks dan adakalanya tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin berkata laporan media yang sahih mengenai penemuan sebahagian produk harian yang bermasalah hendaklah dijadikan peringatan bahawa kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap status halal sesuatu produk. “Laporan kes Kluang Railway Station Cofffe baru-baru ini pasti menghairankan kita bagaimana kopi tersebut boleh mengandungi unsur babi. “Hal yang sama juga berlaku kepada minuman jenama Barbican dari timur tengah yang dikatakan halal tetapi masih mengandungi alkohol pada kadar 0.5 peratus sedangkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-22 pada 22 November 1988 menetapkan jumlahnya mestilah tidak melebihi 0.01 peratus,” katanya. Seminar halal anjuran bersama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (IPPJ) yang diadakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam kepada pengguna mengenai konsep halal. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah APEEC, Prof. Madya Lar. Dr. Nordin Abd. Rahman; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Mariam Abdul Latif; Pengurus Besar KFC Marketing Sdn. Bhd, Nasharuddin Shukor dan Pengarah Institut Penyelidikan Halal, UPM, Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man. Pada seminar itu, beberapa kertas kerja berkaitan halal turut dibentangkan antaranya Konsep Halalan Toyyiba dan Hala tuju Pengurusan Halal Negeri Selangor, Peluang Bisnes Bersama KFC dan Ayamas, Produk-Produk Bank Rakyat yang ditawarkan kepada Usahawan IKS, Integriti Halal dari Sudut Perihal Dagangan serta Peranan dan Kepentingan Makmal Analisis dalam Pengesahan Halal. Menurut Marzuki, ancaman sebenar isu halal di Malaysia pada hari ini adalah kelemahan membentuk kesedaran pengguna Islam walaupun mereka merupakan majoriti yang mendominasi permintaan. “Umat Islam masih lagi tidak sedar bahawa jaminan halal adalah hak yang perlu dituntut daripada pengusaha. Sebagai pengguna bijak, sikap mudah bersangka baik dan tidak mengambil berat tentang halal dan haram perlu diubah,” ujarnya. 2011-07-12 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049/1/Seminar_halal_APEEC_gesa_umat_Islam_sensitif_status_halal.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal. [UPM News]
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal
title Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal
title_full Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal
title_fullStr Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal
title_full_unstemmed Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal
title_short Seminar halal APEEC gesa umat Islam sensitif status halal
title_sort seminar halal apeec gesa umat islam sensitif status halal
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18049/1/Seminar_halal_APEEC_gesa_umat_Islam_sensitif_status_halal.pdf