UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT

SERDANG, 8 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran program pendidikan jarak jauhnya (PJJ) mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pengarah Urusan, UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) , Dr. Abdul Aziz Sah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803/1/UPM_pastikan_program_PJJ_menepati_kualiti_ditetap_KPT.pdf
_version_ 1848843342733901824
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 8 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran program pendidikan jarak jauhnya (PJJ) mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pengarah Urusan, UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) , Dr. Abdul Aziz Saharee berkata pemantauan ke atas syarikat yang mengendalikan pusat pembelajaran akan dilakukan secara berterusan oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu Program Akademik (Jumpa) bagi memastikan tahap akademik dan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian. “Kami berharap pihak pusat pembelajaran akan terus berusaha menambah baik prasarana di pusat masing-masing demi membina suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis memperbaharui memorandum perjanjian (MoA) yang berakhir pada hujung Februari lalu antara UPMET dengan 12 syarikat yang mengendalikan 15 pusat pembelajaran PJJ UPM di sini baru-baru ini. Antara syarikat yang terlibat dalam MoA itu ialah Lifelong Learning Academy Sdn. Bhd yang mengendalikan Pusat Pembelajaran di Alor Star dan Ipoh, Tapak Intelek Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur dan Shah Alam), Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (Seremban) dan DMDI International Education Sdn. Bhd. (Melaka). Syarikat-syarikat lain ialah Sugeharat Management & Training Services (Johor Baharu dan Kota Kinabalu), Shahputra Education Sdn. Bhd (Kuantan), Leader Tech Management & Services (Kota Baharu), ETP Management Sdn. Bhd (Kuching), KAS Management & Services (Sibu ), KADZ Development Centre Sdn. Bhd (Miri), Gading Tenaga Resources Sdn. Bhd. (Sandakan) dan Syarikat Minda Cemerlang (Tawau). Pada majlis MoA itu, UPM diwakili oleh Dr. Abdul Aziz sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan UPM Holdings, Dr. Husaini Omar, sementara syarikat pusat pembelajaran diwakili oleh pengarah urusan masing-masing. Abdul Aziz berkata, perjanjian itu merupakan kali ketiga dilakukan antara UPM dan pusat pembelajaran PJJ. “Program PJJ UPM telah bermula sejak tahun 1995 dan ia dipertanggungjawabkan di bawah Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (Ideal). Pada 1 Januari 2004, Ideal telah digabungkan dengan Pusat Program Luar dengan menggunakan nama PPL. “Pada Mac 2010, program PPL telah diletakkan di bawah UPMET untuk mengembangkan lagi program PJJ dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisien,” ujarnya.
first_indexed 2025-11-15T08:13:30Z
format UPM News
id upm-17803
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T08:13:30Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-178032013-05-27T07:56:37Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803/ UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 8 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran program pendidikan jarak jauhnya (PJJ) mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pengarah Urusan, UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) , Dr. Abdul Aziz Saharee berkata pemantauan ke atas syarikat yang mengendalikan pusat pembelajaran akan dilakukan secara berterusan oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu Program Akademik (Jumpa) bagi memastikan tahap akademik dan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian. “Kami berharap pihak pusat pembelajaran akan terus berusaha menambah baik prasarana di pusat masing-masing demi membina suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis memperbaharui memorandum perjanjian (MoA) yang berakhir pada hujung Februari lalu antara UPMET dengan 12 syarikat yang mengendalikan 15 pusat pembelajaran PJJ UPM di sini baru-baru ini. Antara syarikat yang terlibat dalam MoA itu ialah Lifelong Learning Academy Sdn. Bhd yang mengendalikan Pusat Pembelajaran di Alor Star dan Ipoh, Tapak Intelek Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur dan Shah Alam), Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (Seremban) dan DMDI International Education Sdn. Bhd. (Melaka). Syarikat-syarikat lain ialah Sugeharat Management & Training Services (Johor Baharu dan Kota Kinabalu), Shahputra Education Sdn. Bhd (Kuantan), Leader Tech Management & Services (Kota Baharu), ETP Management Sdn. Bhd (Kuching), KAS Management & Services (Sibu ), KADZ Development Centre Sdn. Bhd (Miri), Gading Tenaga Resources Sdn. Bhd. (Sandakan) dan Syarikat Minda Cemerlang (Tawau). Pada majlis MoA itu, UPM diwakili oleh Dr. Abdul Aziz sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan UPM Holdings, Dr. Husaini Omar, sementara syarikat pusat pembelajaran diwakili oleh pengarah urusan masing-masing. Abdul Aziz berkata, perjanjian itu merupakan kali ketiga dilakukan antara UPM dan pusat pembelajaran PJJ. “Program PJJ UPM telah bermula sejak tahun 1995 dan ia dipertanggungjawabkan di bawah Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (Ideal). Pada 1 Januari 2004, Ideal telah digabungkan dengan Pusat Program Luar dengan menggunakan nama PPL. “Pada Mac 2010, program PPL telah diletakkan di bawah UPMET untuk mengembangkan lagi program PJJ dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisien,” ujarnya. 2011-06-08 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803/1/UPM_pastikan_program_PJJ_menepati_kualiti_ditetap_KPT.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT. [UPM News]
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT
title UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT
title_full UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT
title_fullStr UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT
title_full_unstemmed UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT
title_short UPM pastikan program PJJ menepati kualiti ditetap KPT
title_sort upm pastikan program pjj menepati kualiti ditetap kpt
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17803/1/UPM_pastikan_program_PJJ_menepati_kualiti_ditetap_KPT.pdf