UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia

SERDANG, 7 Jun – Tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan perisian baharu berbentuk cakera padat iaitu Phonics Tutor Software untuk kanak-kanak disleksia visual. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17758/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17758/1/UPM_Cipta_Perisian_Fonik_Tutor_untuk_Kanak-kanak_Disleksia.pdf
_version_ 1848843331197468672
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 7 Jun – Tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan perisian baharu berbentuk cakera padat iaitu Phonics Tutor Software untuk kanak-kanak disleksia visual. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM berkata penemuan teknologi itu membantu kanak-kanak disleksia visual menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Beliau berkata perisian itu menggunakan enam kaedah mengeja berteraskan Orton-Gillingham Phonogram serta membantu mereka mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza. “Produk yang dianggarkan berharga RM250 di pasaran kelak menekankan aspek bacaan bahasa Melayu berteraskan Teori Levinson yang sesuai untuk murid disleksia berumur empat hingga sembilan tahun. “Ini sesuai dengan suasana pembelajaran di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding produk disleksia lain yang menggunakan bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media Putra Cipta UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Pejabat Pemasaran dan komunikasi (MarComm) di sini. Beliau berkata produk direka untuk kepentingan murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, produk itu juga boleh digunakan untuk penggunaan murid-murid tadika dan pra sekolah. Menurutnya produk itu membantu guru pendidikan khas mengatasi masalah pembelajaran dan keperluan pendidikan kanak-kanak disleksia. “Kaedah ini boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan Kurikulum, guru dan ibu bapa untuk menangani masalah bacaan bahasa Melayu pada golongan terbabit,” katanya yang juga pensyarah dan penyelidik di Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Dr. Vijayaletchumy berkata penyelidikan selama tiga tahun itu telah difailkan paten dan dibiayai oleh Geran Penyelidikan UPM. Beliau dibantu oleh dua penyelidik lain iaitu pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani dan pelajar tahun akhir Jabatan Bahasa Melayu, UPM Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. Produk yang dihasilkan daripada teknologi penilaian Disleksia Bahasa Melayu atas talian itu pernah memenangi pingat emas International Invention Innovation Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2011, Anugerah Khas Harta Intelek Sedunia dan Program Symbiosis Keusahawanan UPM-MTDC. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus iaitu masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual melalui bunyi. Selain itu, penghidap disleksia mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
first_indexed 2025-11-15T08:13:19Z
format UPM News
id upm-17758
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T08:13:19Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-177582013-05-27T07:56:30Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17758/ UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 7 Jun – Tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan perisian baharu berbentuk cakera padat iaitu Phonics Tutor Software untuk kanak-kanak disleksia visual. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM berkata penemuan teknologi itu membantu kanak-kanak disleksia visual menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Beliau berkata perisian itu menggunakan enam kaedah mengeja berteraskan Orton-Gillingham Phonogram serta membantu mereka mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza. “Produk yang dianggarkan berharga RM250 di pasaran kelak menekankan aspek bacaan bahasa Melayu berteraskan Teori Levinson yang sesuai untuk murid disleksia berumur empat hingga sembilan tahun. “Ini sesuai dengan suasana pembelajaran di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding produk disleksia lain yang menggunakan bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media Putra Cipta UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Pejabat Pemasaran dan komunikasi (MarComm) di sini. Beliau berkata produk direka untuk kepentingan murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, produk itu juga boleh digunakan untuk penggunaan murid-murid tadika dan pra sekolah. Menurutnya produk itu membantu guru pendidikan khas mengatasi masalah pembelajaran dan keperluan pendidikan kanak-kanak disleksia. “Kaedah ini boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan Kurikulum, guru dan ibu bapa untuk menangani masalah bacaan bahasa Melayu pada golongan terbabit,” katanya yang juga pensyarah dan penyelidik di Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Dr. Vijayaletchumy berkata penyelidikan selama tiga tahun itu telah difailkan paten dan dibiayai oleh Geran Penyelidikan UPM. Beliau dibantu oleh dua penyelidik lain iaitu pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani dan pelajar tahun akhir Jabatan Bahasa Melayu, UPM Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. Produk yang dihasilkan daripada teknologi penilaian Disleksia Bahasa Melayu atas talian itu pernah memenangi pingat emas International Invention Innovation Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2011, Anugerah Khas Harta Intelek Sedunia dan Program Symbiosis Keusahawanan UPM-MTDC. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus iaitu masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual melalui bunyi. Selain itu, penghidap disleksia mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. 2011-06-07 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17758/1/UPM_Cipta_Perisian_Fonik_Tutor_untuk_Kanak-kanak_Disleksia.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia. [UPM News]
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia
title UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia
title_full UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia
title_fullStr UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia
title_full_unstemmed UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia
title_short UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia
title_sort upm cipta perisian fonik tutor untuk kanak-kanak disleksia
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17758/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17758/1/UPM_Cipta_Perisian_Fonik_Tutor_untuk_Kanak-kanak_Disleksia.pdf