Pemerkasaan kembali tulisan jawi

Sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembang bila terdapat satu masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktif dan terdapat sehimpunan persuratan yang mencatat khazanah ilmu pengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar luas, dinikmati dan diwariskan kepada g...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Musa, Hashim, Abdul Aziz, Adi Yasran
Format: Article
Language:English
Published: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16067/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16067/1/Pemerkasaan%20kembali%20tulisan%20jawi.pdf
Description
Summary:Sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembang bila terdapat satu masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktif dan terdapat sehimpunan persuratan yang mencatat khazanah ilmu pengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar luas, dinikmati dan diwariskan kepada generasi seterusnya. Kini tulisan Rumi telah mendominasi tulisan bahasa Melayu kerana digunakan dalam semua bentuk persuratannya, iaitu sejak tahun 1963 apabila diisytiharkan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu, dan sekali gus meminggirkan tulisan Jawi. Tulisan Jawi tidak lagi menjadi bahan pendidikan di sekolah, kecuali untuk segelintir pelajar di sekolah Arab/Agama Islam. Kini ramai anak bangsa kita tidak mahir lagi dalam tulisan Jawi, bahkan ada yang terus menjadi buta Jawi,kerana status dan fungsi tulisan Jawi sudah tidak lagi mempunyai sebarang makna. Kemahiran Jawi tidak membantu penguasaan sebarang ilmu atau memperoleh sebarang nilai tambah. Oleh itu, untuk mengembalikan kedudukan tinggi tulisan Jawi yang menjadi tulisan asli bahasa Melayu sejak hampir 1000 tahun, maka langkah-langkah yang berkaitan dengan pengayaan penggunaan tulisan Jawi dalam persuratan ilmiah, awam dan bahan-bahan pendidikan perlu dicari dan dikemukakan kepada badan-badan pelaksana pengajaran dan pengguna tulisan Jawi. Makalah ini akan cuba mengetengahkan beberapa langkah dan strategi ke arah pengisian keperluan ini. Satu daripadanya ialah menerbitkan kembali dalam bentuk terkini khazanah ilmu tradisional Melayu yang tercatat di atas ratusan manuskrip lamanya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti teknologi persenjataan, perubatan tradisional, perkapalan, seni bina, dan lain-lain, selain daripada puisi dan kesusasteraan Melayu tradisional. Bahan-bahan terbitan demikian boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Jawi ataupun disebarluaskan untuk pembacaan umum.