MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi

PANGKOR, 2 Ogos – Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua, Univesiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pemantapan Organisasi : Ke Arah Kepemimpinan Sinergi 2011/2012 di Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor 16 hingga 19 Julai 2011 yang lalu. Pengarah program, Norafilah Md. Hussin berkat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12589/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12589/1/MTM.pdf
_version_ 1848841880926683136
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description PANGKOR, 2 Ogos – Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua, Univesiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pemantapan Organisasi : Ke Arah Kepemimpinan Sinergi 2011/2012 di Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor 16 hingga 19 Julai 2011 yang lalu. Pengarah program, Norafilah Md. Hussin berkata program yang mendapat kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Kementerian Pelajaran itu bertujuan mendedahkan mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial selain mempraktikkan kemahiran insaniah. “Program ini merangkumi dua aktiviti iaitu SumbangKasih Siswa yang membolehkan pelajar menyelami cara hidup masyarakat perkampungan nelayan. Selain itu kita mengadakan program motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya. Norafilah berkata Sumbang KasihSiswa melibatkan pelajar UPM dengan aktiviti gotong-royong membersihkan surau, menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang kurang upaya, ibu tunggal dan penduduk kurang berkemampuan. Pelajar UPM turut berpeluang menyertai aktiviti bersama masyarakat termasuk sukan rakyat dan malam persembahan kebudayaan. Dalam program motivasi, beliau berkata pelajar sekolah didedahkan dengan bahaya masalah sosial termasuk ketagihan merokok, gejala rempit, buang bayi dan penyalahgunaan dadah. “Motivasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga adab dan tatasusila sebagai warga pelapis rakyat Malaysia,” ujarnya. Sementara itu, Pengetua Kolej Kedua, Rosna Abd. Raman berharap program itu dapat menjadi contoh untuk menerap nilai-nilai murni kepada pelajar. Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen seluruh masyarakat kampung yang sama-sama menyokong semua aktiviti yang dijalankan.
first_indexed 2025-11-15T07:50:16Z
format UPM News
id upm-12589
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
Malay
last_indexed 2025-11-15T07:50:16Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-125892013-05-27T07:52:55Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12589/ MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat PANGKOR, 2 Ogos – Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua, Univesiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pemantapan Organisasi : Ke Arah Kepemimpinan Sinergi 2011/2012 di Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor 16 hingga 19 Julai 2011 yang lalu. Pengarah program, Norafilah Md. Hussin berkata program yang mendapat kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Kementerian Pelajaran itu bertujuan mendedahkan mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial selain mempraktikkan kemahiran insaniah. “Program ini merangkumi dua aktiviti iaitu SumbangKasih Siswa yang membolehkan pelajar menyelami cara hidup masyarakat perkampungan nelayan. Selain itu kita mengadakan program motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya. Norafilah berkata Sumbang KasihSiswa melibatkan pelajar UPM dengan aktiviti gotong-royong membersihkan surau, menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang kurang upaya, ibu tunggal dan penduduk kurang berkemampuan. Pelajar UPM turut berpeluang menyertai aktiviti bersama masyarakat termasuk sukan rakyat dan malam persembahan kebudayaan. Dalam program motivasi, beliau berkata pelajar sekolah didedahkan dengan bahaya masalah sosial termasuk ketagihan merokok, gejala rempit, buang bayi dan penyalahgunaan dadah. “Motivasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga adab dan tatasusila sebagai warga pelapis rakyat Malaysia,” ujarnya. Sementara itu, Pengetua Kolej Kedua, Rosna Abd. Raman berharap program itu dapat menjadi contoh untuk menerap nilai-nilai murni kepada pelajar. Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen seluruh masyarakat kampung yang sama-sama menyokong semua aktiviti yang dijalankan. 2011-08-02 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12589/1/MTM.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi. [UPM News] Malay
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi
title MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi
title_full MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi
title_fullStr MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi
title_full_unstemmed MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi
title_short MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi
title_sort mtm kolej kedua upm anjur program pemantapan organisasi
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12589/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12589/1/MTM.pdf