Kaedah pembangunan modul literasi bertutur Bahasa Melayu untuk komuniti pelarian dewasa di Malaysia.

Peningkatan kefahaman dalam Bahasa Melayu adalah satu aspek yang penting bagi komuniti pelarian untuk menjalani kehidupan harian mereka di Malaysia, terutamanya melalui interaksi sosial dengan masyarakat tempatan. Bagaimanapun, bagi pelarian dewasa, ini merupakan satu cabaran kerana mereka tidak m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahim, Nur Aira, Mohamed Mokhtar, Marzni, Nungsari, Melati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121001/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121001/1/121001.pdf
Description
Summary:Peningkatan kefahaman dalam Bahasa Melayu adalah satu aspek yang penting bagi komuniti pelarian untuk menjalani kehidupan harian mereka di Malaysia, terutamanya melalui interaksi sosial dengan masyarakat tempatan. Bagaimanapun, bagi pelarian dewasa, ini merupakan satu cabaran kerana mereka tidak mempunyai akses dan peluang untuk mempelajari Bahasa Melayu, khususnya di dalam seting pendidikan yang formal. Justeru itu, projek ini dilaksanakan untuk membangunkan secara khusus satu Modul Literasi Bertutur Bahasa Melayu untuk memenuhi keperluan komuniti pelarian dewasa di Malaysia. Projek ini bermula dengan mengenal pasti keperluan dan cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti pelarian dewasa dalam kehidupan harian. Modul yang dirangka menekankan aspek dalam pembangunan kemahiran bertutur melalui pendekatan kontekstual yang memfokuskan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks harian yang dilalui oleh pelarian dalam pelbagai situasi di Malaysia. Pembangunan modul ini telah melalui dua fasa pembangunan, iaitu pembangunan awal pada tahun 2018, dan seterusnya telah dikemaskini dan ditambahbaik semula pada tahun 2024. Kertas kerja ini akan memperincikan tentang kaedah pembangunan dan kandungan umum yang dicakupi oleh modul ini sebagai panduan pembelajaran yang boleh diaplikasikan di dalam konteks pendidikan yang bersifat bukan formal. Modul ini mengetengahkan satu pendekatan pembelajaran yang bersifat kontekstual dengan hasrat untuk meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam pelbagai situasi yang relevan kepada golongan pelarian dewasa di Malaysia.