Hukum pengamalan doa berbentuk istighathah : suatu analisis berdasarkan piawaian perbandingan

Umumnya, sudah menjadi kelaziman amalan dalam kalangan Masyarakat Muslim di Malaysia sejak sekian lama telah menggunakan amalan doa berbentuk istighathah dalam setiap amalan berdoa secara bersendirian mahu pun berbentuk kumpulan. Kebiasaan ini sekali gus telah mendatangkan pelbagai perspesi dalam ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Kadir, Mohammad Nidzam, Mohamed Fathillah, Mohamed Fairooz, Shahabudin, Muhammad Fakhrur Razi
Format: Article
Language:Malay
Published: Kolej Universiti Islam Selangor 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120460/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120460/1/120460.pdf
Description
Summary:Umumnya, sudah menjadi kelaziman amalan dalam kalangan Masyarakat Muslim di Malaysia sejak sekian lama telah menggunakan amalan doa berbentuk istighathah dalam setiap amalan berdoa secara bersendirian mahu pun berbentuk kumpulan. Kebiasaan ini sekali gus telah mendatangkan pelbagai perspesi dalam kalangan masyarakat dan agamawan, sama ada amalan ini dibenarkan dalam agama atau sebaliknya iaitu bertentangan dengan konsep agama itu sendiri. Pelbagai bentuk amalan telah dibahas dalam artikel ini, justeru artikel ini ditulis bertujuan untuk menilai kembali hukum pengamalan doa berbentuk istighathah dan menganalisis piawaian doa berbentuk istighathah berdasarkan konsep perbandingan pandangan khilaf para ulama. Kajian ini telah membawa tujuh piawaian perbandingan, antaranya; kesabitan di dalam nas syarak, kebiasaan masyarakat, kejelasan maksud, meminta tolong kepada orang hidup dan mati, tasyabbuh zahir, kegelinciran akidah dan keraguan. Berdasarkan tujuh piawaian tersebut kajian ini membawa kepada sebuah kesimpulan, bahawa amalan doa dalam konteks istighathah ini tiada kerugian bagi umat Islam sekiranya ia ditinggalkan. Bahkan, tiada keuntungan bagi umat Islam jika amalan istighathah dilakukan kerana dibimbangi berlaku kegelinciran Aqidah. Justeru, pilihan yang terbaik adalah, berdoa kepada Allah secara langsung dan bukan meminta kepada Nabi SAW secara zahir. Ini adalah pilihan yang lebih selamat.