Motivasi murid SJKC mempelajari Bahasa Melayu

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Seramai 70 orang murid dari sebuah SJKC di Puchong, Selangor telah terlibat sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jusoh, Zuraini, Rosman, Nur Aniessha
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Putra Malaysia 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120093/
Description
Summary:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Seramai 70 orang murid dari sebuah SJKC di Puchong, Selangor telah terlibat sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel kajian dibuat secara bertujuan dan semua murid tahun lima daripada dua buah kelas dipilih sebagai sampel kajian ini. Instrumen soal selidik yang mengandungi 24 item digunakan untuk memperoleh data tahap motivasi intrinsik dan tahap motivasi ekstrinsik. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 27.0 yang melibatkan statistik perihalan, iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Item-item dalam soal selidik ini diperoleh dan diadaptasi daripada kajian lepas, Nacy Ngumbang dan Zamri Mahamod (2017). Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik yang tinggi semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat segelintir murid yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan sederhana setuju untuk item-item, seperti mempelajari bahasa Melayu menyeronokkan mereka, berminat mempelajari bahasa Melayu, bahasa Melayu kurang membantu mereka memperoleh keputusan ujian yang baik, dan sebagainya. Oleh itu, penelitian dengan lebih lanjut perlu dilakukan agar data yang lebih tepat diperoleh untuk memberikan gambaran sebenar tahap motivasi dalam kalangan murid-murid SJKC ini semasa mempelajari bahasa Melayu.