Sudut perbahasan di kolej kediaman bagi membentuk ciri-ciri kepimpinan serta sahsiah diri dalam kalangan pelajar universiti
Pelajar universiti merupakan pemimpin negara pada masa hadapan yang perlu sentiasa digilap dan dilatih untuk melahirkan pemimpin terbaik. Terbaik dalam erti kata mempunyai ciri-ciri kempimpinan serta sahsiah diri tinggi bagi mengemudi sesebuah agensi dan organisasi. Oleh itu, peranan para pentadbi...
| Main Authors: | , , , , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbitan Korporat UMK
2024
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119963/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119963/1/119963.pdf |
| Summary: | Pelajar universiti merupakan pemimpin negara pada masa hadapan yang perlu sentiasa digilap dan dilatih
untuk melahirkan pemimpin terbaik. Terbaik dalam erti kata mempunyai ciri-ciri kempimpinan serta
sahsiah diri tinggi bagi mengemudi sesebuah agensi dan organisasi. Oleh itu, peranan para pentadbir dan
pengetua kolej kediaman di universiti sangat penting dalam pembentukan ciri-ciri tersebut kepada para
pelajar di bawah jagaan mereka. Ini kerana pelajar akan menghabiskan kebanyakan masa mereka di kolej
kediaman selain daripada di bilik darjah. Aktiviti dan program yang memfokuskan kepada pembentukan
ciri-ciri kepimpinan serta sahsiah perlu sentiasa diadakan untuk menggilap bakat para pelajar. Sudut
perbahasan mungkin antara pendekatan yang boleh dihidupkan di kolej kediaman bagi pelajar menyuarakan
komen mereka mengenai sebarang isu menggunakan saluran yang betul. Akan tetapi beberapa syarat perlu
dipatuhi seperti dilarang menyentuh isu sensitif seperti raja, agama dan bangsa. Ini bertujuan untuk
memupuk sahsiah yang baik terhadap bakal pemimpin pada masa hadapan. Di antara ciri pemimpin yang
mempunyai sahsiah baik adalah menjaga sensitiviti setiap perkara dan tidak mengsensasikan isu yang boleh
diselesaikan dengan baik. Dengan itu keharmonian bersama semua pihak dapat dijaga. Kajian rintis melalui
temu ramah bersemuka bersama beberapa pemimpin pelajar di Kolej 12 di UPM bersetuju bahawa sudut
perbahasan dapat dijadikan platform bagi pelajar menyuarakan pendapat mereka mengenai pelbagai isu.
Sehubungan itu, lokasi strategik perlu dipilih bagi aktiviti tersebut. Kesemua mereka bersetuju melalui
aktiviti dan program sebegini akan dapat membentuk kemahiran pengucapan awam dan mengasah ciri-ciri
kepimpinan terhadap pelajar kolej di universiti. |
|---|