Pembentukan karakter murid melalui penggunaan buku teks Pendidikan Moral Tingkatan Empat dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)

Buku teks memainkan peranan penting dalam penerapan nilai-nilai murni kepada murid, terutamanya di peringkat sekolah. Sebagai bahan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, buku teks mengandungi kandungan yang dirancang dengan teliti untuk mengintegrasikan nilai-nilai murni dalam s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yasin, Maizura, Mohd Mokhtar, Mohamed Hilmie, Mohamed Mokhtar, Marzni
Format: Article
Language:English
Published: Human Resource Management Academic Research Society 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119666/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119666/1/119666.pdf
Description
Summary:Buku teks memainkan peranan penting dalam penerapan nilai-nilai murni kepada murid, terutamanya di peringkat sekolah. Sebagai bahan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, buku teks mengandungi kandungan yang dirancang dengan teliti untuk mengintegrasikan nilai-nilai murni dalam setiap subjek. Nilai-nilai seperti hormatmenghormati, kejujuran, tanggungjawab, dan tolong-menolong dimasukkan melalui kandungan teks, ilustrasi serta aktiviti dan latihan yang diberikan kepada murid. Buku teks juga dilihat membantu guru dalam merancang pengajaran yang berkait dengan situasi harian murid seterusnya nilai-nilai murni dapat diterapkan secara kontekstual dan dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Kertas konsep ini juga meneroka literatur tentang sejauhmana penggunaan Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan Empat dalam proses PdPc berupaya membina karakter murid yang unggul bertepatan dengan matlamat kurikulum Pendidikan Moral iaitu insan berakhlak mulia. Selain itu, buku teks juga merupakan bahan utama dalam PdPc Pendidikan Moral kerana berfungsi sebagai medium untuk menggalakkan murid mengamalkan penaakulan, emosi, dan tindakan yang bermoral selaras dengan peraturan dan undang-undang. Melalui kandungan yang disusun secara sistematik, buku teks memperkenalkan murid kepada konsep-konsep moral seperti keadilan, kejujuran, tanggungjawab dan empati. Di samping itu, buku teks juga menyentuh aspek emosi dengan membantu murid memahami perasaan orang lain dalam situasi tertentu, lantas mendorong mereka untuk bertindak dengan rasional. Kesedaran tentang undang-undang dan peraturan juga dijelaskan bagi menanamkan kepatuhan terhadap norma masyarakat dan peraturan negara seterusnya membantu murid bukan sahaja memahami prinsip-prinsip moral tetapi juga mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka. Justeru, Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan Empat bukan sahaja menjadi sumber ilmu tetapi juga panduan yang praktikal untuk membentuk karakter murid yang unggul dan berakhlak mulia.