Manifestasi dunia maritim dalam karya kesusasteraan Melayu (Manifestations of teh maritime world in Malay literature)

Kajian ini menyorot teks sastera yang bermanifestasi maritim alam Melayu terhadap sumbangannya kepada dunia kesusasteraan Melayu. Umumnya, teks sastera maritim adalah konotasi lain kepada kisah laut dan kepulauan Melayu yang ditakhluki (dikuasai) oleh air. Hal ini bermakna, teks sastera Melayu mempu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Shamsudin, Hassan, Muhammad Zarif, Mohd Hanafiah, Halis Azhan
Format: Article
Language:English
Published: Human Resource Management Academic Research Society 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119629/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119629/1/119629.pdf
Description
Summary:Kajian ini menyorot teks sastera yang bermanifestasi maritim alam Melayu terhadap sumbangannya kepada dunia kesusasteraan Melayu. Umumnya, teks sastera maritim adalah konotasi lain kepada kisah laut dan kepulauan Melayu yang ditakhluki (dikuasai) oleh air. Hal ini bermakna, teks sastera Melayu mempunyai hubungan dan sumbangan penting kepada dalam ruang lingkup perkembangan budaya, politik, sosial, bahasa dan kesusasteraan Melayu. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk memaparkan sejauh mana penghayatan dan pengalaman pengarang melihat kehadiran unsur laut dan perkaitan makna dengan pemikiran Melayu yang digambarkan dalam karya Melayu tradisional mahupun moden. Penulisan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan kepustakaan dengan penekanan kepada aspek semantik dan sosiologi sastera. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa pengarang Melayu amat jelas tidak dapat memisahkan persoalan dan pemikiran mereka dengan alam maritim sama ada dipaparkan sebagai metafora, personifikasi mahupun citra dalam karya. Pantun, peribahasa dan karya prosa Melayu didapati menjadi indah pengucapannya apabila alam maritim berjaya menjadi manisfestasi yang segar dalam karya sastera.