Pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap pembelian produk dalam talian: pengalaman pengguna pernah ditipu

Kajian yang berbentuk empirikal ini bertujuan untuk menentukan pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap tingkahlaku pengguna yang pernah mempunyai pengalaman ditipu dalam konteks pembelian dalam talian. Seramai 400 orang pengguna B40 terlibat di mana pemilihan sampel dibuat secara persampelan mudah m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Syuhaily, Md Jusoh, Zuroni, Zalmann, Nuraida Mirza
Format: Article
Language:English
Published: MACFEA 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119623/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119623/1/119623.pdf
Description
Summary:Kajian yang berbentuk empirikal ini bertujuan untuk menentukan pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap tingkahlaku pengguna yang pernah mempunyai pengalaman ditipu dalam konteks pembelian dalam talian. Seramai 400 orang pengguna B40 terlibat di mana pemilihan sampel dibuat secara persampelan mudah mewakili pengguna B40 di Johor. Dari segi pengalaman ditipu, terdapat tiga pengalaman yang mempunyai peratusan tertinggi iaitu barangan tidak seperti yang diiklankan (58.5%), kualiti barangan sangat teruk (37.3%) dan barangan rosak (29.8%). Satu perempat (25.0%) responden melaporkan bahawa jumlah kerugian yang mereka alami adalah kurang dari RM100, namun masih terdapat sebahagian kecil (3.8%) yang mengalami kerugian melebihi RM500. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa kedua dua faktor pengetahuan (r=0.633; p<0.001) dan sikap (r=0.680; p<0.001) mempunyai pengaruh yang signifikan manakala analisis regresi berganda pula mendapati bahawa sikap menunjukkan pengaruh yang paling dominan (β=0.464; p<0.001) terhadap tingkahlaku pembelian dalam talian. Namun begitu, langkah perlu diambil untuk meningkatkan pengetahuan di mana faktor ini dilihat mampu membentuk sikap yang lebih wajar agar pengguna mampu mengamalkan tingkahlaku pembelian dalam talian secara lebih bijak.