Eksplorasi sastera kanak-kanak dan adaptasi: analisis terhadap filem animasi ’Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal’ dan buku cerita kanak-kanak ‘The Malay Tale of the Pig King’

Sastera kanak-kanak secara umum dianggap sebagai medium pendidikan penting, menyampaikan mesej-mesej moral, nilai murni, dan kebudayaan masyarakat setempat. Seiring dengan perkembangan teknologi moden, banyak cerita daripada sastera kanak-kanak telah diadaptasi ke dalam format baharu seperti buku be...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasir, Nur Yuhanis, Hashim, Nurhamizah, Mat Hussain, Eizah, MUTALIB, ABDUL
Format: Article
Language:English
Published: UPSI Press 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118983/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118983/1/118983.pdf
Description
Summary:Sastera kanak-kanak secara umum dianggap sebagai medium pendidikan penting, menyampaikan mesej-mesej moral, nilai murni, dan kebudayaan masyarakat setempat. Seiring dengan perkembangan teknologi moden, banyak cerita daripada sastera kanak-kanak telah diadaptasi ke dalam format baharu seperti buku bergambar dan animasi. Proses adaptasi ini sering melibatkan perubahan dan pengolahan semula pelbagai aspek cerita asal. Objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan konsep sastera kanak-kanak Melayu dan membincangkan dua bentuk contoh adaptasi sastera kanak-kanak di Malaysia dengan menggunakan teori adaptasi Hutcheon sebagai kerangka kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa sastera kanak-kanak adalah genre yang kaya dengan potensi untuk diadaptasi ke pelbagai format. Melalui proses adaptasi, penceritaan asal dapat diubah, diperkaya, atau disesuaikan agar lebih menarik dan relevan dengan format penyampaian yang dipilih.