Corak pengambilan dan perbelanjaan makanan serta penerimaan menu rahmah dalam kalangan pelajar ipta di Lembah Klang

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji corak pengambilan dan perbelanjaan makanan serta hubungannya dengan penerimaan Menu Rahmah dalam kalangan pelajar IPTA di Lembah Klang. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara persampelan rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik melalui aplikasi ‘Goo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainal Badari, Shamsul Azahari, Jamli, Nurul Haziqah
Format: Article
Language:English
Published: Malaysian Consumer and Family Economics Association 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118277/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118277/1/118277.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji corak pengambilan dan perbelanjaan makanan serta hubungannya dengan penerimaan Menu Rahmah dalam kalangan pelajar IPTA di Lembah Klang. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara persampelan rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik melalui aplikasi ‘Google Form’. Hasil kajian mendapati 63% responden adalah perempuan dan berbangsa Melayu (72.5%). Corak pengambilan makanan menunjukkan pengambilan yang tinggi terhadap kumpulan makanan bijirin bagi pengambilan responden untuk setiap hari (38.5%) dan 5-6 hari/minggu (33.0%). Corak perbelanjaan makanan pula menunjukkan kumpulan makanan bijirin dan ayam merupakan perbelanjaan mingguan tertinggi responden, di mana purata masing-masing adalah sebanyak RM44.65 dan RM26.72. Tahap penerimaan responden terhadap Menu Rahmah adalah sederhana (60%). Ujian korelasi Pearson mendapati corak pengambilan makanan responden mempunyai perkaitan yang sangat signifikan dengan tahap penerimaan Menu Rahmah (r=0.241, p=0.001). Corak perbelanjaan makanan juga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap penerimaan Menu Rahmah (r=0.194, p=0.006). Kesimpulannya, walaupun tahap penerimaan Menu Rahmah dalam kalangan pelajar IPTA terpilih adalah sederhana, tetapi tahap penerimaan ini dipengaruhi oleh corak pengambilan dan perbelanjaan makanan.