Komponen makna leksikal bertokoh dalam dialek Melayu Utara

Penelitian komponen makna leksikal dalam dialek Melayu telah menimbulkan masalah kekaburan bagi pengguna dialek khususnya dialek Utara (DU). Masalah ini juga menyebabkan pengguna mengalami kekeliruan dalam memahami makna leksikal yang dituturkan oleh penutur DU serta tidak dapat mentafsir makna deng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sha'ri, Sharil Nizam, Abdul Aziz, Adi Yasran, Husain, Salina, Yop Othman, Zul Hanis
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118269/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118269/1/118269.pdf
Description
Summary:Penelitian komponen makna leksikal dalam dialek Melayu telah menimbulkan masalah kekaburan bagi pengguna dialek khususnya dialek Utara (DU). Masalah ini juga menyebabkan pengguna mengalami kekeliruan dalam memahami makna leksikal yang dituturkan oleh penutur DU serta tidak dapat mentafsir makna dengan tepat. Perkara disebabkan oleh berlakunya makna lingkaran dan makna bertindih. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenal pasti entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4), menghuraikan entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam KD4 dengan mengaplikasikan Teori Analisis Komponen Makna (1975) yang diasaskan oleh Eugene A. Nida, dan merumuskan definisi baharu entri DU dalam KD4. Metodologi kajian melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Bilangan responden adalah seramai 30 orang yang dipilih secara kaedah persampelan berkumpulan dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang terletak di Bandar Baru Selayang, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana merupakan lokasi yang paling strategik dan mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh pengkaji. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek jarak tempat tinggal, masa, persekitaran, faktor kerjasama dari segi data kajian dan bilangan respondan didapati cukup untuk menjawab data yang diperlukan. Kaedah temu bual dan rakaman audio digunakan semasa proses mengumpul data kajian. Hasil kajian telah menemukan makna baharu yang diperoleh daripada temu bual dengan penutur asli DU. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membuka ruang dan jurang kepada pengkaji akan datang bahawa kajian makna leksikal khususnya dalam dialek masih mempunyai banyak unsur yang boleh dikaji.