Transformasi watak hikayat Merong Mahawangsa dari naskhah ke Layar Perak

Transformasi Watak Hikayat Merong Mahawangsa dari Naskhah ke Layar Perak adalah satu penulisan yang membincangkan perbandingan antara teks sastera Melayu klasik yang bergenre sejarah dengan adaptasi filemnya yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim Abdul Halim. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebua...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Salmah Jan Noor, Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris Press 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118190/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118190/1/118190.pdf
Description
Summary:Transformasi Watak Hikayat Merong Mahawangsa dari Naskhah ke Layar Perak adalah satu penulisan yang membincangkan perbandingan antara teks sastera Melayu klasik yang bergenre sejarah dengan adaptasi filemnya yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim Abdul Halim. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah karya agung Melayu yang menceritakan asal usul Melayu Kedah serta hubungannya dengan kerajaan luar seperti Rom dan China. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perbezaan antara teks asal dan filem adaptasinya dalam konteks watak dan perwatakan dengan mengaplikasikan teori adaptasi oleh John M. Desmond dan Peter Hawkes (2006) selain menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks untuk mencapai objektif kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa semasa proses adaptasi berlangsung terdapat perubahan naratif yang merangkumi elemen penting seperti watak dan perwatakan yang dilakukan oleh penulis skrip dan pengarah filem. Perubahan ini bertujuan adalah untuk menyajikan cerita dalam format visual yang lebih menarik. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penyelidik dan penggiat seni untuk menghasilkan lebih banyak adaptasi filem yang berasaskan teks sastera Melayu klasik.