Amalan ta‘awun dalam piagam Madinah membentuk kesejahteraan insan

Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan yang dibentuk berdasarkan nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah. Nabi Muhammad SAW menggubal piagam ini untuk mentadbir urus Madinah supaya masyarakat majmuk dapat diurus dengan adil dan harmoni. Madinah sebelum keda...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Said, Mohd Zulhafiz, Mohammad Hakim, Dian
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118017/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118017/1/118017.pdf
Description
Summary:Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan yang dibentuk berdasarkan nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah. Nabi Muhammad SAW menggubal piagam ini untuk mentadbir urus Madinah supaya masyarakat majmuk dapat diurus dengan adil dan harmoni. Madinah sebelum kedatangan Islam mengalami masalah sosial, ekonomi dan politik kerana tiada sistem yang mengatur kehidupan masyarakat. Perkara ini menyebabkan masyarakat hidup dalam konflik, pergaduhan, rasuah, penipuan dan diskriminasi. Piagam Madinah ini mengandungi amalan ta‘awun seperti prinsip toleransi, kasih sayang, keadilan, tanggungjawab dan menghormati bagi menyelesai isu masyarakat Madinah. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan ta‘awun dalam Piagam Madinah dan peranannya dalam membentuk kesejahteraan insan. Kaedah pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan temu bual mendalam digunakan dalam penelitian ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati bahawa amalan ta‘awun dalam Piagam Madinah telah mewujudkan suasana aman, rasa kebersamaan, terjalinnya ukhwah islamiyyah dan kesejahteraan insan dalam masyarakat majmuk di Madinah. Kesejahteraan insan yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW secara kolektif dalam Piagam Madinah telah mengukuhkan jati diri ummah dan menambah kekuatan Madinah.