Pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya

Perkembangan teknologi digital telah mewujudkan masyarakat berdasarkan media di mana ruang manusia tidak lagi terbatas kepada kapasiti fizikal semata-mata. Ini membuka lebih banyak peluang bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan media sosial untuk tujuan jenayah atau melakukan tingkah laku devian seca...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bolong, Jusang, Sarifin, Muhammad Ridhwan, Yusoff, Nurhafizah, Muhamad Adnan, Muhamad Hariz, Abdullah, Mohd Syariefudin, Mohd Azmian, Mohamad Nazrul
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117972/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117972/1/117972.pdf
Description
Summary:Perkembangan teknologi digital telah mewujudkan masyarakat berdasarkan media di mana ruang manusia tidak lagi terbatas kepada kapasiti fizikal semata-mata. Ini membuka lebih banyak peluang bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan media sosial untuk tujuan jenayah atau melakukan tingkah laku devian secara dalam talian jika tiada kawalan seperti gangguan seksual, penyebaran berita palsu, kebocoran data dan maklumat peribadi, dan lain- lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan data sekunder sebagai prosedur pengumpulan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa komuniti maya menggunakan media sosial untuk beberapa tujuan seperti hiburan, sokongan sosial, komunikasi, mencari maklumat, menjalin hubungan sosial, dan lain-lain. Keputusan juga menunjukkan bahawa konsep kawalan sosial dapat dilihat dari segi formal, informal serta dapat mengekang tingkah laku devian dan jenayah dalam komuniti maya. Kesimpulannya, masyarakat perlu menekankan elemen- elemen kawalan sosial dari segi formal melalui perundangan media, undang-undang dan pihak berkuasa. Manakala secara tidak formal adalah melalui pendidikan, adab, dan etika. Ini dapat mencipta persekitaran yang sejahtera dalam komuniti maya.