Hikayat kalilah dan dimnah: interpretasi pengarang dalam pengungkapan nilai ilmu pendidikan

Karya sastera merupakan wadah yang menjadi pilihan pengarang dalam mengungkapkan kepelbagaian ilmu yang bertujuan untuk dikongsi bersama khalayak. Perkongsian ilmu pendidikan khususnya amat bertepatan dengan salah satu fungsi sastera sebagai medium mendidik masyarakat. Pengarang menghasilkan karya s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Muhammad, Salmah Jan, Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah, Ahmad, Mohd Shukrey
Format: Article
Language:English
Published: NUN Gemilang ENT. 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117781/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117781/1/117781.pdf
Description
Summary:Karya sastera merupakan wadah yang menjadi pilihan pengarang dalam mengungkapkan kepelbagaian ilmu yang bertujuan untuk dikongsi bersama khalayak. Perkongsian ilmu pendidikan khususnya amat bertepatan dengan salah satu fungsi sastera sebagai medium mendidik masyarakat. Pengarang menghasilkan karya sastera adalah melalui pengamatan, pemerhatian dan pengalaman yang telah dilalui oleh masyarakat. Pemaparan cerita dalam karya sastera tidak dihadirkan secara kosong kerana setiap cerita yang disampaikan itu mengandungi mesej, pesanan dan pengajaran yang bertujuan untuk mendidik masyarakat. Lantaran itu, penciptaan karya sastera telah memperlihatkan kreativiti pengarang dalam mengungkapkan nilai ilmu pendidikan menerusi karyanya. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pengungkapan nilai ilmu pendidikan menerusi Hikayat Kalilah dan Dimnah sebagai data kajian ini. Makalah ini akan menggunakan kaedah kepustakaan, analisis data kajian dan menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci dalam mengukuhkan hujahan. Menerusi hasil perbincangan makalah ini telah membuktikan bahawa pelbagai nilai ilmu pendidikan yang dapat memberikan mesej dan pengajaran kepada khalayak. Justeru, kepentingan perbincangan ini akan meninggalkan impak kepada masyarakat khususnya dalam membentuk peribadi dan sikap yang baik. Malah, dapat menambahkan pengkajian mengenai ilmu pendidikan dan menjadi rujukan kepada khalayak.