Tahap, pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru bahasa melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz, dan Padlet dalam pengajaran KOMSAS

Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu pada era digital ini sememangnya memberi cabaran yang getir untuk semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan akan dihadapi sama ada kepada guru atau murid. Guru perlu lebih kreatif untuk melaksanakan PdPc Bahasa Melayu terutamanya dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Mokhtar, Marzni, Ahmadi, Muhammad Aiman Syazwan, Shauqi, Muhammad Ameer, Abdullah, Muhammad Ikhwan Danial, Mohd Isa, Muhammad Ikhmal
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris Press 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117425/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117425/1/117425.pdf
Description
Summary:Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu pada era digital ini sememangnya memberi cabaran yang getir untuk semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan akan dihadapi sama ada kepada guru atau murid. Guru perlu lebih kreatif untuk melaksanakan PdPc Bahasa Melayu terutamanya dalam aspek Komponen Sastera (KOMSAS). Murid-murid akan berasa cepat bosan sekiranya kaedah PdP yang lama digunakan dan memerlukan guru untuk menambah baik aktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan hubungan pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet dalam pengajaran Komponen Sastera. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang bakal guru Bahasa Melayu yang mengikuti Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Borang soal selidik telah digunakan bagi mengumpul maklumat daripada responden. Min keseluruhan bagi tahap pengetahuan ialah 4.48 dan nilai sisihan piawai ialah 0.51. Skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran pula ialah 4.38 dan 0.51. Manakala, skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap sikap ialah 4.49 dan 0.42. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa bakal guru Bahasa Melayu berminat dan cenderung menggunakan aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet dalam pengajaran Komponen Sastera.