Al-falah acuan pembinaan negara bangsa dalam kalangan pelajar UPM

Agenda pembinaan negara-bangsa Malaysia merupakan satu aspirasi yang relatif signifikan dalam merealisasi pembentukan satu bangsa satu negara berpaksikan kepada platform nasional. Proses pembentukan negara-bangsa menjadi pemangkin kepada tindakan afirmatif untuk mencapai perpaduan, kesepaduan, penya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Mohd Mahadee
Other Authors: Mohd Yusoff, Ahmad Nasir
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit Universiti Putra Malaysia 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116635/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116635/1/116635.pdf
Description
Summary:Agenda pembinaan negara-bangsa Malaysia merupakan satu aspirasi yang relatif signifikan dalam merealisasi pembentukan satu bangsa satu negara berpaksikan kepada platform nasional. Proses pembentukan negara-bangsa menjadi pemangkin kepada tindakan afirmatif untuk mencapai perpaduan, kesepaduan, penyatupaduan dan kesatuan yang holistik dalam kalangan masyarakat kepelbagaian di Malaysia. Persoalan ini merupakan suatu perkara yang agak rumit, sentiasa dibahaskan dari pelbagai sudut pandang dan belum mencapai titik noktahnya. Kita sedia maklum bahawa masyarakat Malaysia terbentuk dari beberapa kumpulan etnik yang diwarisi dari pelbagai keturunan, mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang berbeza, mengamalkan sosio-budaya yang berbeza-beza dan pertuturan bahasa ibunda juga berbeza-beza. Perbezaan yang wujud dalam masyarakat bukanlah suatu perkara yang baharu tetapi telah cukup sinonim dalam realiti kehidupan bermasyarakat di negara ini. Perbezaan ini seandainya tidak ditadbir urus dengan baik, sudah pasti boleh mengundang pelbagai bentuk ancaman kepada negara seperti konflik etnik, percanggahan dan pertembungan, diskriminasi, streotaip, keganasan, genocide dan pelbagai lagi.