Pelajar FBMK Anjur Promosi Filem ‘Cun’ 2011

SERDANG, 28 Mac– Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan majlis promosi khas filem Cun! 2011 bagi memenuhi keperluan kursus Strategi Perhubungan Awam untuk mempromosikan filem itu. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dua artis...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11600/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11600/1/Pelajar_FBMK_Anjur_Promosi_Filem_%E2%80%98Cun%E2%80%99_2011.pdf
Description
Summary:SERDANG, 28 Mac– Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan majlis promosi khas filem Cun! 2011 bagi memenuhi keperluan kursus Strategi Perhubungan Awam untuk mempromosikan filem itu. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dua artis iaitu Maya Karin dan Remy Ishak yang ditemu bual melalui stesen radio Putra FM. Seramai 200 pengunjung ke FBMK yang terdiri daripada pelajar dan peminat di seluruh Selangor. “Saya gembira dapat bertemu pelajar-pelajar UPM kerana merekalah generasi yang akan menggerakkan industri seni pada masa depan. Mereka perlu diserapkan semangat mencintai filem tayangan yang dihasilkan oleh penggiat seni tanah air,” kata Maya Karin. “Dengan adanya promosi seperti ini, saya juga dapat mendekati serta bermesra dengan mereka. Hubungan akrab antara peminat dan artis amat penting kerana merekalah yang menentukan sejauh mana kedudukan kita dalam industri,” kata Remy Ishak. Filem Cun! terbitan Tayangan Unggul arahan Osman Ali itu ditayangkan di pawagam bermula pada 31 Mac 2011.