Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook

Kajian ini menyingkap pengetahuan baharu dari aspek bentuk dan makna sarkastik. Hal ini demikian kerana bahasa sarkastik telah mengalami perubahan bentuk dan makna disebabkan berlakunya perkembangan teknologi Internet. Impaknya, bahasa sarkastik telah mengalami permasalahan dari sudut kekeliruan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nasrudin, Ezzah ‘Afifah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/1/114301.pdf
_version_ 1848866453011300352
author Nasrudin, Ezzah ‘Afifah
author_facet Nasrudin, Ezzah ‘Afifah
author_sort Nasrudin, Ezzah ‘Afifah
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian ini menyingkap pengetahuan baharu dari aspek bentuk dan makna sarkastik. Hal ini demikian kerana bahasa sarkastik telah mengalami perubahan bentuk dan makna disebabkan berlakunya perkembangan teknologi Internet. Impaknya, bahasa sarkastik telah mengalami permasalahan dari sudut kekeliruan bentuk (Alva, 2016) dan percanggahan makna (Rockwell, 2005) sehingga bahasa sarkastik telah menjadi satu bahasa yang agak rumit untuk difahami (Penny, 2018). Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk merungkaikan bentuk dan makna sarkastik serta merumuskannya secara rinci. Bagi mencapai tiga objektif kajian tersebut, reka bentuk kajian kualitatif dengan sokongan kaedah analisis kandungan telah digunakan. Sebanyak 120 status yang mempunyai tanda pagar sarkastik (#sarkastik) dalam laman sosial Facebook telah terkumpul dengan bermula pada bulan Julai 2017 sehingga Disember 2019. Data kualitatif ini dianalisis mengikut Model Gibbs (2000) kerana dapat memberikan panduan dalam merungkaikan bentuk dan makna tersirat dalam ucapan sarkastik. Tambahan lagi, Kamus Dewan Edisi Terkini (2016) juga digunakan bagi memperoleh makna tepat menerusi maklumat linguistik dan dapat memahami setiap makna tema yang ditemui dalam ucapan sarkastik agar tema tersebut bertepatan dengan perkara yang dibincangkan. Secara keseluruhannya, terdapat enam bentuk sarkastik, iaitu ironi (56.5%), agresif (7.5%), humor (16%), hiperbola (3%), persoalan retorik (15%) dan kenyataan tidak benar (2%). Ini menunjukkan bahawa bentuk ironi adalah bentuk yang paling dominan digunakan untuk menyampaikan sarkastik. Bagi aspek makna pula, ucapan sarkastik sememangnya mengandungi percanggahan makna sebenar (tersirat), iaitu maksudnya berbeza dengan ucapan yang diungkapkan. Percanggahan ini dapat dikesan melalui persekitaran konteks Menerusi penganalisisan bentuk dan makna dalam kajian ini juga dapat merumuskan penemuan tema dan sifat sarkastik yang terkandung di dalam ucapannya. Bagi tema sarkastik, terdapat lima tema yang dikenal pasti, iaitu politik (42.5%), sosial (34.1%), ekonomi (14.2%), pendidikan (5%) dan agama (4.2%). Berdasarkan peratusan tersebut, jelas menunjukkan bahawa tema yang paling dominan digunakan dalam menyampaikan sarkastik, ialah tema politik. Selain itu, terdapat empat sifat utama dalam ucapan sarkastik, iaitu ketidakselarasan konteks, mempunyai ekspresi tersendiri, dapat menzahirkan emosi yang sebenar dan mempunyai tujuan sebenar disebalik ucapan. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat dengan menyingkap pengetahuan baharu dari aspek bentuk dan makna, di samping meningkatkan lagi pengetahuan dan panduan tentang bahasa sarkastik yang digunakan pada era ini.
first_indexed 2025-11-15T14:20:50Z
format Thesis
id upm-114301
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T14:20:50Z
publishDate 2022
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-1143012025-01-20T08:29:07Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/ Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook Nasrudin, Ezzah ‘Afifah Kajian ini menyingkap pengetahuan baharu dari aspek bentuk dan makna sarkastik. Hal ini demikian kerana bahasa sarkastik telah mengalami perubahan bentuk dan makna disebabkan berlakunya perkembangan teknologi Internet. Impaknya, bahasa sarkastik telah mengalami permasalahan dari sudut kekeliruan bentuk (Alva, 2016) dan percanggahan makna (Rockwell, 2005) sehingga bahasa sarkastik telah menjadi satu bahasa yang agak rumit untuk difahami (Penny, 2018). Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk merungkaikan bentuk dan makna sarkastik serta merumuskannya secara rinci. Bagi mencapai tiga objektif kajian tersebut, reka bentuk kajian kualitatif dengan sokongan kaedah analisis kandungan telah digunakan. Sebanyak 120 status yang mempunyai tanda pagar sarkastik (#sarkastik) dalam laman sosial Facebook telah terkumpul dengan bermula pada bulan Julai 2017 sehingga Disember 2019. Data kualitatif ini dianalisis mengikut Model Gibbs (2000) kerana dapat memberikan panduan dalam merungkaikan bentuk dan makna tersirat dalam ucapan sarkastik. Tambahan lagi, Kamus Dewan Edisi Terkini (2016) juga digunakan bagi memperoleh makna tepat menerusi maklumat linguistik dan dapat memahami setiap makna tema yang ditemui dalam ucapan sarkastik agar tema tersebut bertepatan dengan perkara yang dibincangkan. Secara keseluruhannya, terdapat enam bentuk sarkastik, iaitu ironi (56.5%), agresif (7.5%), humor (16%), hiperbola (3%), persoalan retorik (15%) dan kenyataan tidak benar (2%). Ini menunjukkan bahawa bentuk ironi adalah bentuk yang paling dominan digunakan untuk menyampaikan sarkastik. Bagi aspek makna pula, ucapan sarkastik sememangnya mengandungi percanggahan makna sebenar (tersirat), iaitu maksudnya berbeza dengan ucapan yang diungkapkan. Percanggahan ini dapat dikesan melalui persekitaran konteks Menerusi penganalisisan bentuk dan makna dalam kajian ini juga dapat merumuskan penemuan tema dan sifat sarkastik yang terkandung di dalam ucapannya. Bagi tema sarkastik, terdapat lima tema yang dikenal pasti, iaitu politik (42.5%), sosial (34.1%), ekonomi (14.2%), pendidikan (5%) dan agama (4.2%). Berdasarkan peratusan tersebut, jelas menunjukkan bahawa tema yang paling dominan digunakan dalam menyampaikan sarkastik, ialah tema politik. Selain itu, terdapat empat sifat utama dalam ucapan sarkastik, iaitu ketidakselarasan konteks, mempunyai ekspresi tersendiri, dapat menzahirkan emosi yang sebenar dan mempunyai tujuan sebenar disebalik ucapan. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat dengan menyingkap pengetahuan baharu dari aspek bentuk dan makna, di samping meningkatkan lagi pengetahuan dan panduan tentang bahasa sarkastik yang digunakan pada era ini. 2022-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/1/114301.pdf Nasrudin, Ezzah ‘Afifah (2022) Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18149 Internet users - Language Language and the Internet
spellingShingle Internet users - Language
Language and the Internet
Nasrudin, Ezzah ‘Afifah
Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook
title Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook
title_full Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook
title_fullStr Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook
title_full_unstemmed Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook
title_short Bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook
title_sort bahasa sarkastik dalam laman sosial facebook
topic Internet users - Language
Language and the Internet
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114301/1/114301.pdf