Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis

Puisi merupakan seni kesusasteraan yang menggambarkan corak pemikiran serta adat budaya sesuatu masyarakat. Ketinggian nilai estetika sesuatu puisi dapat dilihat melalui strukturnya yang diperkaya dengan bahasa kiasan serta perlambangan-perlambangan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tidak l...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Taha, Nurul Atirah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/1/114250.pdf
_version_ 1848866438441336832
author Muhammad Taha, Nurul Atirah
author_facet Muhammad Taha, Nurul Atirah
author_sort Muhammad Taha, Nurul Atirah
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Puisi merupakan seni kesusasteraan yang menggambarkan corak pemikiran serta adat budaya sesuatu masyarakat. Ketinggian nilai estetika sesuatu puisi dapat dilihat melalui strukturnya yang diperkaya dengan bahasa kiasan serta perlambangan-perlambangan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tidak langsung. Puisi digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, dan pesanan. Namun begitu, puisi-puisi moden banyak digunakan untuk meluahkan emosi. Bentuk puisi yang bebas dan padat dengan semiotik yang bersifat peribadi menyebabkan puisi tersebut menjadi kabur dan sukar difahami oleh pembaca. Di samping itu, keunikan sesuatu puisi terhasil daripada perbezaan faktor budaya yang mempengaruhi penggunaan perlambangan masyarakat masing-masing. Jurang perbezaan budaya ini menyebabkan ketaksaan dalam penyampaian makna sesuatu puisi ekoran kesukaran memahami perlambangan-perlambangan yang asing serta berbeza daripada budaya tempatan. Kekaburan unsur semiotik dalam puisi moden, unsur semiotik yang kompleks serta pemaknaan semiotik yang berbeza antara dua masyarakat menjadi titik tolak kepada pembentukan kajian ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur semiotik yang terdapat dalam puisi Melayu dan Perancis serta menganalisis persamaan dan perbezaan unsur semiotik yang terkandung dalam puisi-puisi tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif deskriptif serta kaedah analisis dokumen berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre (1978). Sampel kajian yang digunakan ialah sebanyak 30 puisi Melayu dan 30 puisi Perancis yang bertemakan cinta. Oleh itu, 30 puisi Melayu telah dipilih daripada buku Malam Ini Malam Berinai (2016), Bercakap dengan Kucing (2014), Dari Cinta Kepada Cinta (2015), dan Di Atas Perahu Cinta (2014). Manakala 30 puisi Perancis tema cinta dipilih daripada laman web www.poemes.co, https://www.poesie-francaise.fr/, https://www.lesvoixdelapoesie.com/ dan https://www.poetica.fr/categories/amour/. Untuk proses pengenalpastian unsur-unsur semiotik dijalankan berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre (1978) yang menekankan aspek ketidaklangsungan ekspresi, pembacaan heuristik dan hermeneutik serta penelitian matriks, model dan variasi. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada unsur-unsur semiotik yang digunakan dalam puisi cinta Melayu ialah unsur alam seperti matahari, langit, bulan, api dan bagi puisi Perancis padat dengan perlambangan abstrak iaitu fée, la sirène, dan enfer. Namun begitu itu, terdapat lebih banyak persamaan berbanding perbezaan dari segi makna unsur-unsur semiotik yang terkandung dalam puisi Melayu dan Perancis. Contohnya penggunaan malam untuk menunjukkan kesunyian, penggunaan perlambangan bunga sebagai simbol kepada wanita. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan unsur yang berbeza pada kelompok bahasa yang berbeza. Unsur dominan dalam puisi Melayu ialah unsur Alam manakala unsur yang dominan dalam puisi Perancis ialah unsur Abstrak. Kajian ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman dalam konteks unsur-unsur semiotik dalam puisi sekaligus dapat membantu memupuk minat pembaca dalam memahami puisi Melayu dan Perancis.
first_indexed 2025-11-15T14:20:36Z
format Thesis
id upm-114250
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T14:20:36Z
publishDate 2022
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-1142502025-01-20T08:06:26Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/ Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis Muhammad Taha, Nurul Atirah Puisi merupakan seni kesusasteraan yang menggambarkan corak pemikiran serta adat budaya sesuatu masyarakat. Ketinggian nilai estetika sesuatu puisi dapat dilihat melalui strukturnya yang diperkaya dengan bahasa kiasan serta perlambangan-perlambangan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tidak langsung. Puisi digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, dan pesanan. Namun begitu, puisi-puisi moden banyak digunakan untuk meluahkan emosi. Bentuk puisi yang bebas dan padat dengan semiotik yang bersifat peribadi menyebabkan puisi tersebut menjadi kabur dan sukar difahami oleh pembaca. Di samping itu, keunikan sesuatu puisi terhasil daripada perbezaan faktor budaya yang mempengaruhi penggunaan perlambangan masyarakat masing-masing. Jurang perbezaan budaya ini menyebabkan ketaksaan dalam penyampaian makna sesuatu puisi ekoran kesukaran memahami perlambangan-perlambangan yang asing serta berbeza daripada budaya tempatan. Kekaburan unsur semiotik dalam puisi moden, unsur semiotik yang kompleks serta pemaknaan semiotik yang berbeza antara dua masyarakat menjadi titik tolak kepada pembentukan kajian ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur semiotik yang terdapat dalam puisi Melayu dan Perancis serta menganalisis persamaan dan perbezaan unsur semiotik yang terkandung dalam puisi-puisi tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif deskriptif serta kaedah analisis dokumen berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre (1978). Sampel kajian yang digunakan ialah sebanyak 30 puisi Melayu dan 30 puisi Perancis yang bertemakan cinta. Oleh itu, 30 puisi Melayu telah dipilih daripada buku Malam Ini Malam Berinai (2016), Bercakap dengan Kucing (2014), Dari Cinta Kepada Cinta (2015), dan Di Atas Perahu Cinta (2014). Manakala 30 puisi Perancis tema cinta dipilih daripada laman web www.poemes.co, https://www.poesie-francaise.fr/, https://www.lesvoixdelapoesie.com/ dan https://www.poetica.fr/categories/amour/. Untuk proses pengenalpastian unsur-unsur semiotik dijalankan berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre (1978) yang menekankan aspek ketidaklangsungan ekspresi, pembacaan heuristik dan hermeneutik serta penelitian matriks, model dan variasi. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada unsur-unsur semiotik yang digunakan dalam puisi cinta Melayu ialah unsur alam seperti matahari, langit, bulan, api dan bagi puisi Perancis padat dengan perlambangan abstrak iaitu fée, la sirène, dan enfer. Namun begitu itu, terdapat lebih banyak persamaan berbanding perbezaan dari segi makna unsur-unsur semiotik yang terkandung dalam puisi Melayu dan Perancis. Contohnya penggunaan malam untuk menunjukkan kesunyian, penggunaan perlambangan bunga sebagai simbol kepada wanita. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan unsur yang berbeza pada kelompok bahasa yang berbeza. Unsur dominan dalam puisi Melayu ialah unsur Alam manakala unsur yang dominan dalam puisi Perancis ialah unsur Abstrak. Kajian ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman dalam konteks unsur-unsur semiotik dalam puisi sekaligus dapat membantu memupuk minat pembaca dalam memahami puisi Melayu dan Perancis. 2022-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/1/114250.pdf Muhammad Taha, Nurul Atirah (2022) Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18143 Malay poetry - History and criticism French poetry - History and criticism Semiotics and literature
spellingShingle Malay poetry - History and criticism
French poetry - History and criticism
Semiotics and literature
Muhammad Taha, Nurul Atirah
Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
title Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
title_full Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
title_fullStr Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
title_full_unstemmed Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
title_short Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
title_sort unsur semiotik dalam puisi melayu dan perancis
topic Malay poetry - History and criticism
French poetry - History and criticism
Semiotics and literature
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/1/114250.pdf