Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius

Isu keterhutangan merupakan satu masalah yang serius yang perlu diberi perhatian kepada pengguna dan ekonomi negara terutamanya jika gagal melunaskan hutang tersebut. Ini kerana, perkembangan trend dalam gelagat hidup bermewah yang terus menular akan mengheret individu kepada tabiat berhutang yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Rahim, Nordiana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113835/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113835/1/113835.pdf
_version_ 1848866335735414784
author Abd Rahim, Nordiana
author_facet Abd Rahim, Nordiana
author_sort Abd Rahim, Nordiana
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Isu keterhutangan merupakan satu masalah yang serius yang perlu diberi perhatian kepada pengguna dan ekonomi negara terutamanya jika gagal melunaskan hutang tersebut. Ini kerana, perkembangan trend dalam gelagat hidup bermewah yang terus menular akan mengheret individu kepada tabiat berhutang yang buruk serta mendorong kepada berlakunya masalah kewangan yang tenat. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina Modul Kelompok Psikopendidikan Teori Kognitif Sosial (MKPPTKS) dan mengenal pasti kesannya bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimental tulen di mana sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak kluster dan rawak berpasangan. Kumpulan eksperimen telah menjalani intervensi MKPPTKS sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 minggu bagi keseluruhan 15 aktiviti yang terdapat di dalam modul. Sebanyak 66 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian di mana 33 orang merupakan kumpulan eksperimen dan 33 orang merupakan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan telah diberi intervensi MKPPTKS. Kajian ini menggunakan Instrumen Kesejahteraan Kewangan, Instrumen, Efikasi Kendiri dan Instrumen Kerjaya. Namun begitu Instrumen Kerjaya meliputi Minnesota Statisfaction Questionnaire (MSQ), Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) dan Work Performance Questionnaire (WPQ) yang telah dialih bahasa dan diadaptasi mengikut norma di Malaysia. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan bagi mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan MKPPTKS manakala statistik inferensi dengan menggunakan ujian ANOVA, ujian T dan ujian ANCOVA bagi menganalisis perbandingan antara pemboleh ubah dan kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Hasil kajian mendapati nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi MKPPTKS adalah .912. Ini bermakna, MKPPTKS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima untuk digunakan dalam kajian eksperimen. Selain itu, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan p = <.05 antara ujian pra, ujian pos dan ujian susulan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap pemboleh ubah kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya guru keterhutangan serius. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut. Kajian turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca dan ujian susulan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca dan ujian susulan bagi sub skala komitmen dan sub skala prestasi. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan melaksanakan ujian susulan dalam tempoh 3 bulan ke atas. Selain itu, mengintegrasi teori-teori kaunseling seperti Rational Emotive Behaviour Therapy, Solution Focus Brief Therapy, Realiti dan lain-lain ke dalam MKPPTKS. Seterusnya, pengkaji menyarankan agar kutipan data secara kualitatif boleh dijalankan agar dapat menyokong dan menguatkan lagi dapatan kajian.
first_indexed 2025-11-15T14:18:58Z
format Thesis
id upm-113835
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T14:18:58Z
publishDate 2022
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-1138352024-11-28T04:50:30Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113835/ Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius Abd Rahim, Nordiana Isu keterhutangan merupakan satu masalah yang serius yang perlu diberi perhatian kepada pengguna dan ekonomi negara terutamanya jika gagal melunaskan hutang tersebut. Ini kerana, perkembangan trend dalam gelagat hidup bermewah yang terus menular akan mengheret individu kepada tabiat berhutang yang buruk serta mendorong kepada berlakunya masalah kewangan yang tenat. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina Modul Kelompok Psikopendidikan Teori Kognitif Sosial (MKPPTKS) dan mengenal pasti kesannya bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimental tulen di mana sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak kluster dan rawak berpasangan. Kumpulan eksperimen telah menjalani intervensi MKPPTKS sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 minggu bagi keseluruhan 15 aktiviti yang terdapat di dalam modul. Sebanyak 66 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian di mana 33 orang merupakan kumpulan eksperimen dan 33 orang merupakan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan telah diberi intervensi MKPPTKS. Kajian ini menggunakan Instrumen Kesejahteraan Kewangan, Instrumen, Efikasi Kendiri dan Instrumen Kerjaya. Namun begitu Instrumen Kerjaya meliputi Minnesota Statisfaction Questionnaire (MSQ), Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) dan Work Performance Questionnaire (WPQ) yang telah dialih bahasa dan diadaptasi mengikut norma di Malaysia. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan bagi mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan MKPPTKS manakala statistik inferensi dengan menggunakan ujian ANOVA, ujian T dan ujian ANCOVA bagi menganalisis perbandingan antara pemboleh ubah dan kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Hasil kajian mendapati nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi MKPPTKS adalah .912. Ini bermakna, MKPPTKS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima untuk digunakan dalam kajian eksperimen. Selain itu, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan p = <.05 antara ujian pra, ujian pos dan ujian susulan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap pemboleh ubah kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya guru keterhutangan serius. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut. Kajian turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca dan ujian susulan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca dan ujian susulan bagi sub skala komitmen dan sub skala prestasi. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan melaksanakan ujian susulan dalam tempoh 3 bulan ke atas. Selain itu, mengintegrasi teori-teori kaunseling seperti Rational Emotive Behaviour Therapy, Solution Focus Brief Therapy, Realiti dan lain-lain ke dalam MKPPTKS. Seterusnya, pengkaji menyarankan agar kutipan data secara kualitatif boleh dijalankan agar dapat menyokong dan menguatkan lagi dapatan kajian. 2022-10 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113835/1/113835.pdf Abd Rahim, Nordiana (2022) Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Teachers - Finance, Personal Teachers - Social conditions
spellingShingle Teachers - Finance, Personal
Teachers - Social conditions
Abd Rahim, Nordiana
Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
title Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
title_full Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
title_fullStr Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
title_full_unstemmed Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
title_short Kesan Modul Kelompok Psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
title_sort kesan modul kelompok psikopendidikan ke atas kesejahteraan kewangan, efikasi pengurusan kewangan dan kelangsungan kerjaya dalam kalangan guru keterhutangan serius
topic Teachers - Finance, Personal
Teachers - Social conditions
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113835/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113835/1/113835.pdf