Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru

Kepemimpinan adalah aspek yang penting untuk kejayaan jangka masa panjang kepada organisasi sekolah kerana berupaya mempengaruhi tahap motivasi guru. Guru besar boleh mengamalkan pelbagai gaya kepemimpinan untuk mempengaruhi motivasi guru dalam menggerakkan organisasi dengan berkesan. Namun, berdasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Siraj, Mohd Asraf M, Rami, Ahmad Aizuddin, Abdul Aziz, Nor Azni, Mohd Anuar, Mohd Ashraff
Format: Article
Published: UPM Press 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108214/
_version_ 1848865103469871104
author Mohd Siraj, Mohd Asraf M
Rami, Ahmad Aizuddin
Abdul Aziz, Nor Azni
Mohd Anuar, Mohd Ashraff
author_facet Mohd Siraj, Mohd Asraf M
Rami, Ahmad Aizuddin
Abdul Aziz, Nor Azni
Mohd Anuar, Mohd Ashraff
author_sort Mohd Siraj, Mohd Asraf M
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Kepemimpinan adalah aspek yang penting untuk kejayaan jangka masa panjang kepada organisasi sekolah kerana berupaya mempengaruhi tahap motivasi guru. Guru besar boleh mengamalkan pelbagai gaya kepemimpinan untuk mempengaruhi motivasi guru dalam menggerakkan organisasi dengan berkesan. Namun, berdasarkan beberapa kajian lepas melaporkan bahawa terdapat beberapa ketidakpastian terhadap hubungan di antara gaya kepemimpinan dengan motivasi guru di beberapa buah sekolah. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru di beberapa buah sekolah rendah. Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan melalui kaedah kaji selidik menggunakan Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Hallinger (2013) untuk gaya Instruksional, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) untuk gaya kepemimpinan transformasional, dan untuk mengukur motivasi guru pula A Questionnaire Measure of Individual Differences in Tendency (QMAT) digunakan. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, dan analisis korelasi Pearson dengan penentuan = 0.05. Hasil analisis kajian menunjukkan respons guru di sekolah rendah di zon timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang terhadap gaya kepemimpinan guru besar berada pada tahap yang memuaskan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan guru besar sekolah terhadap motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan kajian lain, di mana gaya kepemimpinan guru besar mempengaruhi motivasi guru. Oleh itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru besar terutamanya berkaitan dengan amalan kepemimpinan yang berpotensi mempengaruhi motivasi guru di sekolah. Justeru itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat tentang kelebihan kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan instruksional yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
first_indexed 2025-11-15T13:59:23Z
format Article
id upm-108214
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-15T13:59:23Z
publishDate 2023
publisher UPM Press
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-1082142024-06-20T03:44:25Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108214/ Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru Mohd Siraj, Mohd Asraf M Rami, Ahmad Aizuddin Abdul Aziz, Nor Azni Mohd Anuar, Mohd Ashraff Kepemimpinan adalah aspek yang penting untuk kejayaan jangka masa panjang kepada organisasi sekolah kerana berupaya mempengaruhi tahap motivasi guru. Guru besar boleh mengamalkan pelbagai gaya kepemimpinan untuk mempengaruhi motivasi guru dalam menggerakkan organisasi dengan berkesan. Namun, berdasarkan beberapa kajian lepas melaporkan bahawa terdapat beberapa ketidakpastian terhadap hubungan di antara gaya kepemimpinan dengan motivasi guru di beberapa buah sekolah. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru di beberapa buah sekolah rendah. Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan melalui kaedah kaji selidik menggunakan Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Hallinger (2013) untuk gaya Instruksional, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) untuk gaya kepemimpinan transformasional, dan untuk mengukur motivasi guru pula A Questionnaire Measure of Individual Differences in Tendency (QMAT) digunakan. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, dan analisis korelasi Pearson dengan penentuan = 0.05. Hasil analisis kajian menunjukkan respons guru di sekolah rendah di zon timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang terhadap gaya kepemimpinan guru besar berada pada tahap yang memuaskan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan guru besar sekolah terhadap motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan kajian lain, di mana gaya kepemimpinan guru besar mempengaruhi motivasi guru. Oleh itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru besar terutamanya berkaitan dengan amalan kepemimpinan yang berpotensi mempengaruhi motivasi guru di sekolah. Justeru itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat tentang kelebihan kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan instruksional yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. UPM Press 2023-03 Article PeerReviewed Mohd Siraj, Mohd Asraf M and Rami, Ahmad Aizuddin and Abdul Aziz, Nor Azni and Mohd Anuar, Mohd Ashraff (2023) Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru. International Journal of Education and Training, 9 (spec.). pp. 1-11. ISSN 2462-2079 http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/volume-9-isu-khas-mac-2023
spellingShingle Mohd Siraj, Mohd Asraf M
Rami, Ahmad Aizuddin
Abdul Aziz, Nor Azni
Mohd Anuar, Mohd Ashraff
Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
title Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
title_full Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
title_fullStr Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
title_full_unstemmed Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
title_short Hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
title_sort hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108214/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108214/