Hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia

Regulasi emosi dan resiliensi merupakan indikator yang berupaya menunjukkan kefungsian psikologikal golongan dewasa muda pada tahap yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Jamil, Aifaa, Muyang, Rebecca Eva, Siaw, Siaw Leng Chan
Format: Article
Published: Global Academic Excellence 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108213/
Description
Summary:Regulasi emosi dan resiliensi merupakan indikator yang berupaya menunjukkan kefungsian psikologikal golongan dewasa muda pada tahap yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Saiz sampel untuk kajian ini adalah seramai 123 responden yang terdiri daripada 75.60 (93 orang) responden perempuan dan 24.40 (30 orang) responden lelaki. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana di antara regulasi emosi (i.e., reappraisal) dengan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Hasil kajian turut menunjukkan kognitif yang rasional berupaya mempengaruhi dalam memberi semangat yang positif kepada dewasa muda. Seterusnya, dapatan kajian untuk tahap regulasi emosi golongan dewasa muda di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat bilangan tahap regulasi emosi sederhana tinggi yang dihadapi oleh golongan dewasa muda apabila berdepan dengan cabaran dalam konflik kehidupan. Ini menunjukkan bahawa dewasa muda mempunyai emosi yang dialami berdasarkan kepada situasi kehidupan yang dilalui. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada pembangunan intervensi yang berkaitan dengan regulasi emosi dan resiliensi. Implikasi kajian dan rekomendasi kajian masa hadapan turut dibincangkan.