Gabungan Kriptografi Lengkuk Eliptik dan Saifer Hill dalam perutusan imej berskala samar

Kriptografi Lengkuk Eliptik (ECC) ialah suatu penyulitan kunci asimetri yang kompleks, manakala Saifer Hill menggunakan penyulitan simetri yang mudah. Kajian terdahulu mendapati bahawa matriks kunci tersongsangkan kendiri yang dibina daripada domain parameter lengkuk eliptik di atas medan perdana te...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yunos, Faridah, Buhari, Muhammad Noor Akmal
Format: Article
Language:English
Published: Pustaka Ilmu Matematik 2022
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108073/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108073/1/108073.pdf
Description
Summary:Kriptografi Lengkuk Eliptik (ECC) ialah suatu penyulitan kunci asimetri yang kompleks, manakala Saifer Hill menggunakan penyulitan simetri yang mudah. Kajian terdahulu mendapati bahawa matriks kunci tersongsangkan kendiri yang dibina daripada domain parameter lengkuk eliptik di atas medan perdana telah diadaptasikan dalam meningkatkan keselamatan dan kecekapan perutusan mesej berskala samar melalui sistem gabungan ECC dan Saifer Hill. Makalah ini bertujuan memperkenalkan penggunaan lengkuk eliptik di atas medan dedua sebagai menggantikan peranan lengkuk eliptik jenis sebelumnya, terutamanya semasa proses penjanaan kunci. Seterusnya, ubahsuaian kaedah penyulitan dan penyahsulitan dilakukan terhadap Saifer Hill yang konvensional.