Aspek dakwah dalam skrip drama tangan-tangan yang tinggal

Skrip Tangan-tangan Yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim telah memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015 bagi kategori drama. Skrip ini mengangkat tema Islam dan persoalan utama drama ini berkisar sekitar isu pengganti Tok Guru iaitu Ustaz Haji Al-Rashid. Pergolakan dalam masyarakat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Shamsudin, Abdullah, Nur Afifah Vanitha, Nor Iman Baharin, Wan Muhammad
Format: Article
Published: Human Resource Management Academic Research Society 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/106720/
Description
Summary:Skrip Tangan-tangan Yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim telah memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015 bagi kategori drama. Skrip ini mengangkat tema Islam dan persoalan utama drama ini berkisar sekitar isu pengganti Tok Guru iaitu Ustaz Haji Al-Rashid. Pergolakan dalam masyarakat yang dipaparkan dalam skrip ini adalah memilih pemimpin baharu Wakaf Pemuda, iaitu antara anak kandung (Sali) ataupun anak didik (Waris) Tok Guru (Waris). Pelbagai perkara berkaitan dengan akidah masyarakat Muslim disampaikan melalui skrip ini. Oleh yang demikian, objektif artikel ini bertujuan menghuraikan aspek akidah yang disampaikan dalam skrip Tangan-tangan Yang Tinggal dengan mengaplikasi aspek Pendekatan Dakwah dalam teori Pengkaedahan Melayu yang dipelopori oleh Hashim Awang. Metodologi yang digunakan bagi memperolehi data adalah melalui kajian jenis asas, yang dirangka dengan kaedah kualitatif. Kaedah perpustakaan dipilih sebagai instrument kajian utama bagi meneliti buku-buku, artikel jurnal, dan tesis yang lepas. Dapatan kajian yang dirakamkan dalam artikel ini adalah, penulis banyak mengetengahkan mesej dakwah berhubung aspek akidah melalui skrip ini bersandarkan ajaran dalam Al-Quran. Aspek-aspek dakwah yang dipaparkan dalam skrip ini adalah keyakinan yang teguh terhadap kewujudan, keesaan dan kekuasaan Allah, dosa besar mensyirikkan Allah, serta keyakinan dan kepercayaan umat Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.