11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP

SERDANG, 5 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi pengiktirafan kepada 11 staf akademiknya yang cemerlang dalam perkhidmatan pengajaran, penyelidikan dan perundingan pada Majlis Gemilang Anugerah Putra (MGAP) 2010. Anugerah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Pengajaran Putra...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10572/
_version_ 1848841461858041856
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description SERDANG, 5 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi pengiktirafan kepada 11 staf akademiknya yang cemerlang dalam perkhidmatan pengajaran, penyelidikan dan perundingan pada Majlis Gemilang Anugerah Putra (MGAP) 2010. Anugerah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Pengajaran Putra, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi dan Anugerah Perundingan. Penerima berkenaan ialah Prof. Dato’ Dr. Mohamed Sharif Mohamed Din dari Fakulti Perubatan Veterinar menerima Anugerah Pengajar Cemerlang Kelompok Sains Tulen dan Kesihatan dan Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menerima Anugerah Pengajar Cemerlang Kelompok Sains Sosial, Sains Sosial Gunaan, Sastera dan Sastera Gunaan. Selain itu, Prof. Madya Dr. Goh Yong Meng dari Fakulti Veterinar pula menerima Anugerah Pengajar Muda Kelompok Sains Tulen dan Kesihatan manakala Dr. Harlisya Harun dari Fakulti Kejuruteraan menerima Anugerah Pengajar Muda Kelompok Sains Gunaan dan Kejuruteraan. Penerima lain ialah Prof Madya Dr. Tan Chin Ping dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (Anugerah Penyelidik Cemerlang Kelompok Sains dan teknologi), Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Baharumshah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Anugerah Penyelidik Cemerlang Kelompok Sains Sosial dan Kemanusiaan), Prof Madya Dr. Alyani Ismail dari Fakulti Kejuruteraan (Anugerah Penyelidik Muda Kelompok Sains dan Teknologi) dan Prof. Madya Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan). Turut menerima anugerah ialah Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan dari Fakulti Kejuruteraan yang menerima Anugerah Perunding Cemerlang Tempat Pertama ekoran kejayaannya menarik pelaburan daripada pelanggan sebanyak RM1.1 juta sepanjang tahun lalu. Anugerah Perunding Cemerlang Tempat Kedua pula dimenangi oleh Timbalan Naib Canselor UPM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir. Dr. Mohd Salleh Jaafar yang berjaya menarik pelaburan bernilai RM739 ribu, manakala Prof. Dr. Mohd Razi Ismail daripada Institut Pertanian Tropika, menerima Anugerah Perunding Cemerlang Tempat ketiga selepas menerima bayaran daripada pelanggan sebanyak RM650 ribu. Anugerah disampaikan oleh Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dalam ucapan menjunjung kasih berkata, pengiktirafan itu diharap memberi semangat kepada staf akademik untuk meningkatkan sumbangan kepada universiti menerusi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. “Universiti menggalakkan ahli akademik dan profesionalnya menyumbang sesuatu kepada negara, komuniti dan sektor industri. “Pemenang Anugerah Pengajar Putra dipilih bagi mewakili UPM sebagai calon Anugerah Akademik Negara yang akan dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada setiap tahun,” katanya.
first_indexed 2025-11-15T07:43:37Z
format UPM News
id upm-10572
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language Malay
last_indexed 2025-11-15T07:43:37Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-105722012-08-01T06:53:36Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10572/ 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 5 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi pengiktirafan kepada 11 staf akademiknya yang cemerlang dalam perkhidmatan pengajaran, penyelidikan dan perundingan pada Majlis Gemilang Anugerah Putra (MGAP) 2010. Anugerah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Pengajaran Putra, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi dan Anugerah Perundingan. Penerima berkenaan ialah Prof. Dato’ Dr. Mohamed Sharif Mohamed Din dari Fakulti Perubatan Veterinar menerima Anugerah Pengajar Cemerlang Kelompok Sains Tulen dan Kesihatan dan Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menerima Anugerah Pengajar Cemerlang Kelompok Sains Sosial, Sains Sosial Gunaan, Sastera dan Sastera Gunaan. Selain itu, Prof. Madya Dr. Goh Yong Meng dari Fakulti Veterinar pula menerima Anugerah Pengajar Muda Kelompok Sains Tulen dan Kesihatan manakala Dr. Harlisya Harun dari Fakulti Kejuruteraan menerima Anugerah Pengajar Muda Kelompok Sains Gunaan dan Kejuruteraan. Penerima lain ialah Prof Madya Dr. Tan Chin Ping dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (Anugerah Penyelidik Cemerlang Kelompok Sains dan teknologi), Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Baharumshah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Anugerah Penyelidik Cemerlang Kelompok Sains Sosial dan Kemanusiaan), Prof Madya Dr. Alyani Ismail dari Fakulti Kejuruteraan (Anugerah Penyelidik Muda Kelompok Sains dan Teknologi) dan Prof. Madya Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan). Turut menerima anugerah ialah Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan dari Fakulti Kejuruteraan yang menerima Anugerah Perunding Cemerlang Tempat Pertama ekoran kejayaannya menarik pelaburan daripada pelanggan sebanyak RM1.1 juta sepanjang tahun lalu. Anugerah Perunding Cemerlang Tempat Kedua pula dimenangi oleh Timbalan Naib Canselor UPM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir. Dr. Mohd Salleh Jaafar yang berjaya menarik pelaburan bernilai RM739 ribu, manakala Prof. Dr. Mohd Razi Ismail daripada Institut Pertanian Tropika, menerima Anugerah Perunding Cemerlang Tempat ketiga selepas menerima bayaran daripada pelanggan sebanyak RM650 ribu. Anugerah disampaikan oleh Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dalam ucapan menjunjung kasih berkata, pengiktirafan itu diharap memberi semangat kepada staf akademik untuk meningkatkan sumbangan kepada universiti menerusi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. “Universiti menggalakkan ahli akademik dan profesionalnya menyumbang sesuatu kepada negara, komuniti dan sektor industri. “Pemenang Anugerah Pengajar Putra dipilih bagi mewakili UPM sebagai calon Anugerah Akademik Negara yang akan dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada setiap tahun,” katanya. 2011-05-05 UPM News NonPeerReviewed Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP. [UPM News] (Unpublished) Malay
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP
title 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP
title_full 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP
title_fullStr 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP
title_full_unstemmed 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP
title_short 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP
title_sort 11 tenaga akademik upm terima anugerah mgap
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10572/