Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak

Bahasa Antara dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh belum lagi pernah dikaji setakat ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah membezakan tahap bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh berdasarkan faktor umur. Selain itu, pengkaji juga menganalisis hubungan bahasa an...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Juhin, Susan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165/1/FBMK_2002_12.pdf
_version_ 1848841347031629824
author Juhin, Susan
author_facet Juhin, Susan
author_sort Juhin, Susan
building UPM Institutional Repository
collection Online Access
description Bahasa Antara dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh belum lagi pernah dikaji setakat ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah membezakan tahap bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh berdasarkan faktor umur. Selain itu, pengkaji juga menganalisis hubungan bahasa antara dengan penguasaan jenis kata berdasarkan kumpulan umur. Pengkaji juga menghuraikan jenis fosilisasi yang terdapat dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh. Di samping itu, pengkaji telah mengkaji hubungan persekitaran bahasa dengan perlakuan lisan kanak-kanak bangsa Bidayuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan 10 jenis kata kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 7 tahun dari SK St. Theresa berada di tahap basilek (Selinker,1992), iaitu dengan memperoieh min markat sebanyak 44.5%. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 7 tahun dari SK St. Stephen pula memperoleh min markat sebanyak 52.2% dan berada di tahap mesolek. Namun, min markat yang diperoleh oleh kanak-kanak dari kedua-dua buah sekolah ialah 48%, iaitu masih lagi berada di tahap basilek. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun dari SK st. Theresa pula berada di tahap basilek dengan memperoleh min markat sejumlah 49%. Manakala, kanak-kanak SK St. Theresa pula berada di tahap mesolek dengan memperoleh min markat sebanyak 55.65%. Oleh itu, min markat yang diperoleh oleh kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun ialah 52% dan berada di tahap mesolek. Bagi kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun dari SK St. Theresa pula berada di tahap mesolek dengan min markat sejumlah 64.27%. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun dari SK St. Stephen pula berada di tahap mesolek dengan min markat sebanyak 67.71%. Oleh itu, purata markat yang diperoleh oleh kanak-kanak dari kedua-dua buah sekolah tersebut ialah 66%, iaitu berada di tahap mesolek. Persekitaran bahasa kanak-kanak bangsa Bidayuh yang terdiri daripada umur dan bahasa Bidayuh sebagai bahasa pertama (Karashen, 1982) sedikit sebanyak mempengaruhi pertuturan mereka. Didapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 7 tahun kerap menggunakan nafian dan pemudahan seperti tidak ada, ada, ya, tidak tahu, dan suka. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun pula sudah mula mempunyai keyakinan diri semasa bertutur dalam bahasa Melayu. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Namun, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun ini kerap menggunakan penyeluruhan. Hal ini telah menyebabkan pertuturan yang kurang gramatis dan tidak mapan. Satu aspek yang dianggap penting oleh pengkaji ialah kajian ini diharap dapat memperkenal konsep bahasa antara yang terdapat dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh. Lebih-lebih lagi setakat ini belum ada penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik tempatan tentang bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh.
first_indexed 2025-11-15T07:41:47Z
format Thesis
id upm-10165
institution Universiti Putra Malaysia
institution_category Local University
language English
Malay
last_indexed 2025-11-15T07:41:47Z
publishDate 2002
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling upm-101652024-03-19T03:44:08Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165/ Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak Juhin, Susan Bahasa Antara dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh belum lagi pernah dikaji setakat ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah membezakan tahap bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh berdasarkan faktor umur. Selain itu, pengkaji juga menganalisis hubungan bahasa antara dengan penguasaan jenis kata berdasarkan kumpulan umur. Pengkaji juga menghuraikan jenis fosilisasi yang terdapat dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh. Di samping itu, pengkaji telah mengkaji hubungan persekitaran bahasa dengan perlakuan lisan kanak-kanak bangsa Bidayuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan 10 jenis kata kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 7 tahun dari SK St. Theresa berada di tahap basilek (Selinker,1992), iaitu dengan memperoieh min markat sebanyak 44.5%. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 7 tahun dari SK St. Stephen pula memperoleh min markat sebanyak 52.2% dan berada di tahap mesolek. Namun, min markat yang diperoleh oleh kanak-kanak dari kedua-dua buah sekolah ialah 48%, iaitu masih lagi berada di tahap basilek. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun dari SK st. Theresa pula berada di tahap basilek dengan memperoleh min markat sejumlah 49%. Manakala, kanak-kanak SK St. Theresa pula berada di tahap mesolek dengan memperoleh min markat sebanyak 55.65%. Oleh itu, min markat yang diperoleh oleh kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun ialah 52% dan berada di tahap mesolek. Bagi kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun dari SK St. Theresa pula berada di tahap mesolek dengan min markat sejumlah 64.27%. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun dari SK St. Stephen pula berada di tahap mesolek dengan min markat sebanyak 67.71%. Oleh itu, purata markat yang diperoleh oleh kanak-kanak dari kedua-dua buah sekolah tersebut ialah 66%, iaitu berada di tahap mesolek. Persekitaran bahasa kanak-kanak bangsa Bidayuh yang terdiri daripada umur dan bahasa Bidayuh sebagai bahasa pertama (Karashen, 1982) sedikit sebanyak mempengaruhi pertuturan mereka. Didapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 7 tahun kerap menggunakan nafian dan pemudahan seperti tidak ada, ada, ya, tidak tahu, dan suka. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun pula sudah mula mempunyai keyakinan diri semasa bertutur dalam bahasa Melayu. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Namun, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun ini kerap menggunakan penyeluruhan. Hal ini telah menyebabkan pertuturan yang kurang gramatis dan tidak mapan. Satu aspek yang dianggap penting oleh pengkaji ialah kajian ini diharap dapat memperkenal konsep bahasa antara yang terdapat dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh. Lebih-lebih lagi setakat ini belum ada penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik tempatan tentang bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh. 2002-10 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165/1/FBMK_2002_12.pdf Juhin, Susan (2002) Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay language - Sarawak Malay
spellingShingle Malay language - Sarawak
Juhin, Susan
Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak
title Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak
title_full Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak
title_fullStr Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak
title_full_unstemmed Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak
title_short Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak
title_sort bahasa antara dalam pertuturan bahasa melayu kanak-kanak masyarakat bidayuh di daerah bau, sarawak
topic Malay language - Sarawak
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165/1/FBMK_2002_12.pdf