Peranan Malaysia dalam misi-misi pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan Malaysia di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan satu-satunya pertubuhan dunia yang ditubuhkan bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan dunia. Kehadiran Malaysia sejak menganggotai PBB telah banyak menyaksikan peranan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Final Year Project Report / IMRAD |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
1997
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/8576/ http://ir.unimas.my/id/eprint/8576/8/NORASMAH.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan Malaysia di bawah
misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
merupakan satu-satunya pertubuhan dunia yang ditubuhkan bagi
menjaga keamanan dan kesejahteraan dunia. Kehadiran Malaysia sejak menganggotai PBB telah banyak menyaksikan peranan aktifnya selaras dengan pendirian Malaysia yang mementingkan konsep keamanan sejagat. Selain daripada konsep keamanan sejagat yang sentiasa menjadi teras dasar Malaysia hingga ke hari ini, beberapa faktor lain
seperti kedudukan geostrategik negara, faktor ekonomi, faktor persejarahan dan beberapa faktor lain juga turut diambil kira. Faktor faktor tersebut telah juga menjadi pendorong utama kepada Malaysia untuk turut serta dalam misi-misi keamanan di bawah payung PBB. Bertitik tolak daripada misi terulung Malaysia di Congo, Malaysia
seterusnya sentiasa bergiat aktif dalam menyertai misi-misi keamanan PBB. Sesungguhnya kehadiran Malaysia dalam membantu
mewujudkan keamanan walau di mana jua telah banyak memberikan implikasi yang positif kepada negara kita. Ia bukan sahaja dapat menaikkan prestij negara di mata dunia, malahan turut memberikan pengalaman yang berharga bagi meningkatkan kecekapan para anggota tentera Malaysia. Pada masa yang sama secara tidak langsung, hubungan diplomatik yang baik akan dapat diwujudkan seterusnya dapat mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baru kepada Malaysia kita. Malaysia, secara keseluruhannya telah dapat memainkan peranan yang aktif dalam membantu PBB untuk mewujudkan keamanan walau di mana jua. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan yang menyeluruh bukanlah satu perkara yang
mudah kerana ianya bergantung kepada kesungguhan dan komitment yang padu daripada semua pihak terutamanya kuasa-kuasa besar dunia yang mempunyai `power' dalam PBB. |
|---|