Kehidupan mak nyah : satu kajian kes di Kuching Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk menerokai cara hidup seorang mak nyah dengan lebih terperinci di samping mendapatkan pemahaman yang jelas tentang beberapa aspek kehidupan yang dilalui oleh mak nyah. Antara aspek kehidupan yang ditekankan di dalam kajian ini ialah pekerjaan dan status ekonomi, pergaulan s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mutiah, Roslan
Format: Final Year Project Report / IMRAD
Language:English
Published: unimas 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/7484/
http://ir.unimas.my/id/eprint/7484/8/Kehidupan%20Seorang%20Mak%20Nyah%20%2C%20Satu%20Kajian%20Kes%20di%20Kuching%2C%20Sarawak.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menerokai cara hidup seorang mak nyah dengan lebih terperinci di samping mendapatkan pemahaman yang jelas tentang beberapa aspek kehidupan yang dilalui oleh mak nyah. Antara aspek kehidupan yang ditekankan di dalam kajian ini ialah pekerjaan dan status ekonomi, pergaulan sosial, aktiviti masa lapang, orientasi seksual, keinginan untuk berubah dan kegembiraan peribadi. Kajian ini juga mengkaji mengenai kesedaran mak nyah terhadap identiti jantinanya dan perkembangan psikologi yang dialami bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga ke peringkat perkembangannya sekarang. Selain itu, pengkaji turut mengkaji pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku, pemikiran dan emosi mak nyah di samping cara mak menyesuaikan diri dengan masyarakat sekelilingnya. Peserta kajian yang terlibat di dalam kajian ini ialah seorang mak nyah di Kuching, Sarawak. Pengkaji menggunakan pendekatan penceritaan untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian selain menjalankan temuduga dan pemerhatian lapangan terhadap peserta kajian. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mak nyah mula menyedari identiti jantinanya sejak kecil lagi. Beliau juga menjalani kehidupan yang sama seperti insan biasa namun mengiktiraf dirinya sebagai perempuan. Keputusan beliau untuk menukar jantina dan berkelakuan silang pakaian (cross-dressing) dipengaruhi oleh agama dan persekitarannya iaitu budaya masyarakat di sekitarnya. Dari segi perkembangan psikologi, peserta kajian ini hanya melalui empat (4) peringkat perkembangan sahaja iaitu peringkat kanak-kanak, peringkat remaja, peringkat awal dewasa dan peringkat pertengahan dewasa. Peserta kajian ini tidak menunjukkan bahawa mempunyai fizikal dan imej tubuh seperti perempuan penting di dalam kehidupannya sebagai mak nyah namun menyatakan bahawa nalurinya sebagai perempuan sudah cukup. Persekitaran peserta kajian sangat mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosi beliau. Ini dibuktikan apabila peserta kajian menjalani kehidupannya berdasarkan budaya masyarakat sekitarnya dan hanya menunjukkan tingkahlaku lembut secara berpada-pada dan tidak melampaui batas. Tindakan ini juga dilakukannya untuk memastikan dirinya diterima di dalam masyarakat di samping memilih kawan yang sejenis dengannya.