Case study :responses of young children during read aloud activity

Kajian kes ini bertujaun untuk menyelidik respon kanak-kanak tadika Unimas semasa activity ‘read aloud’. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisa respon kanak-kanak tadika Unimas, dari segi bahasa yang digunakan semasa berinteraksi dalam aktiviti‘read aloud'. Di samping itu, kajian ini juga ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Angella, Louis Cox
Format: Final Year Project Report / IMRAD
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/6931/
http://ir.unimas.my/id/eprint/6931/7/Angella%20Louis%20Cox%20ft.pdf
Description
Summary:Kajian kes ini bertujaun untuk menyelidik respon kanak-kanak tadika Unimas semasa activity ‘read aloud’. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisa respon kanak-kanak tadika Unimas, dari segi bahasa yang digunakan semasa berinteraksi dalam aktiviti‘read aloud'. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengeklasifikasikan respon yang digunakan kepada beberapa kategori serta melihat kerelevanan respon yang diberikan. Kajian ini juga melihat sejauh mana kanak-kanak dapat memahami dan mengingati perkataan atau ayat yang digunakan dalam cerita yang dibacakan serta ini dapat menggambarkan pemahaman kanak-kanak terhadap cerita yang di dengar. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan kajian kes bagi mengkaji perlakuan kanak-kanak pra-sekolah di tadika Unimas dengan lebih terperinci. Keputusan menunjukan bahawa kebanyakan kanak-kanak menggunakan dialek Melayu Sarawak serta Bahasa Malaysia dalam memberi respon. Walaubagaimanapun, keputusan kajian mendapati wujud penggunaan Bahasa Inggeris yang minimum di kalangan kanak-kanak tadika Unimas. Selain itu, keputusan juga mendapati terdapat tujuh jenis respon yang digunakan. Hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran manfaat yang diperolehi daripada aktiviti ‘read-aloud’ tersebut serta pertimbangan bagi memasukkan aktiviti ‘read aloud’ dalam kurikulum pendidikan pra-sekolah.