Analisis Kehidupan Seorang “Pelacur Tua” Dengan Teori Relevans
Usman Awang (UA) merupakan Sasterawan Negara yang banyak mendalami perasaan masyarakat. Baris-baris ciptaan sajaknya indah. Perihal hidup pelacur yang bermaksiatpun diolah secara halus demi menjaga perasaan mereka. Namun, walau apapun, masyarakat biasanya memandang serong terhadap individu yang terl...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Proceeding |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/6590/ http://ir.unimas.my/id/eprint/6590/1/Analisis%20Kehidupan%20Seorang%20%E2%80%9CPelacur%20Tua%E2%80%9D%20Dengan%20Teori%20Relevans%20%28abstract%29.pdf |
| Summary: | Usman Awang (UA) merupakan Sasterawan Negara yang banyak mendalami perasaan masyarakat. Baris-baris ciptaan sajaknya indah. Perihal hidup pelacur yang bermaksiatpun diolah secara halus demi menjaga perasaan mereka. Namun, walau apapun, masyarakat biasanya memandang serong terhadap individu yang terlibat dalam kancah pelacuran. Kehidupan pelacur diandaikan sebagai kehidupan penuh rahsia. Kajian ini cuba mencari rahsia berkenaan melalui bahasa. Kajian ini menggunakan Teori Relevans (TR) daripada bidang pragmatik yang didokong oleh Sperber dan Wilson (1986). Kajian menggunakan sajak UA yang bertajuk “Pelacur Tua”. Unsur bahasa figuratif (BF) dalam sajak ini dianalisis menggunakan TR untuk mencari rahsia tersirat kehidupan pelacur berkenaan. Hasil kajian mendapati BF yang digunakan oleh UA merangkumi personifikasi, hiperbola dan ironi. Kajian juga mendapati gabungan pelbagai BF dalam sajak ini masih mampu difahami namun masih berselindung di sebalik makna eksplisitnya. Makna eksplisit ini menuntut pencarian makna implisit yang sebenarnya. BF yang dikaji mempunyai banyak rahsia perasaan seorang pelacur dan juga perasaan yang dirasai oleh masyarakat umum terhadap pelacur. Rasa gelisah, tidak selesa, sunyi, penat, sedih, menyesal dan sebagainya dapat dirungkaikan di sebalik rasa gembira dan mudah mendapat wang. Didapati juga dengan melakukan kajian ini, pembuktian secara lebih saintifik terhadap pelbagai perasaan itu dapat dikemukakan daripada hanya membuat pernyataan umum. |
|---|