Keberkesanan kaunseling kelompok berstruktur dalam meningkatkan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) remaja

Kajian ini merupakan satu kajian eksperimental kuasi yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan kaunseling kelompok berstruktur dalam membantu meningkatkan kecerdasan emosi remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan, Sarawak. Sampel yang berjumlah 10 partisipan adalah ter...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nuraidah, Abdullah
Format: Final Year Project Report / IMRAD
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS 2008
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/5668/
http://ir.unimas.my/id/eprint/5668/8/Nuraidah%20Binti%20Abdullah.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian eksperimental kuasi yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan kaunseling kelompok berstruktur dalam membantu meningkatkan kecerdasan emosi remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan, Sarawak. Sampel yang berjumlah 10 partisipan adalah terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan empat yang berumur 16 tahun. Lima (5) orang pelajar dipilih sebagai ahli kelompok rawatan dan lima (5) orang lagi sebagai kelompok kawalan. Sesi kaunseling kelompok yang dijalankan menggunakan modul yang diubah suai daripada buku kaunseling kelompok dan buku-buku mengenai kecerdasan emosi. Modul tersebut dikenali sebagai Modul Peningkatan Kecerdasan Emosi Remaja (MPKER). Kajian ini juga turut menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keyakinan p<.05 dalam 14 kelompok rawatan selepas menjalani sesi kaunseling kelompok bagi komponen pengurusan emosi orang lain dan kecerdasan emosi secara keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan kaunseling kelompok berkesan dalam meningkatkan kecerdasan emosi remaja lelaki berdasarkan empat komponen dalam kecerdasan emosi. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi komponen persepsi emosi, pengurusan emosi diri dan penggunaan emosi dalam kelompok rawatan. Bagi kelompok kawalan, tidak terdapat sebarang perubahan yang signifikan bagi kecerdasan emosi mereka. Selain itu, setelah diuji kesahan dan kebolehpercayaan, didapati bahawa MPKER mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan modul yang ditentukan menggunakan kaedah kesahan kandungan yang dinilai oleh pakar adalah .808. Kebolehpercayaan modul ditentukan menggunakan kaedah Alpha Cronbach menunjukkan nilai yang tinggi iaitu .89.