Daya Tahan dan Konsep Kendiri Remaja dalam Paradigma Dunia Kaunseling di Rumah Anak Yatim
Memfokuskan kepada pengenalpastian daya tahan dan konsep kendiri anak yatim merupakan satu paradigma dalam bidang kaunseling yang penting. Pendekatanpendekatan tradisional dalam menjalani sesi kaunseling remaja adalah merujuk kepada konsep-konsep atau peringkat-peringkat perkembangan manusia, yan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Proceeding |
| Language: | English |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/3262/ http://ir.unimas.my/id/eprint/3262/1/Daya%20Tahan%20dan%20Konsep%20Kendiri%20Remaja%20dalam%20Paradigma%20Dunia%20Kaunseling%20di%20Rumah%20Anak%20Yatim.pdf |
| Summary: | Memfokuskan kepada pengenalpastian daya tahan dan konsep kendiri anak yatim
merupakan satu paradigma dalam bidang kaunseling yang penting. Pendekatanpendekatan
tradisional dalam menjalani sesi kaunseling remaja adalah merujuk
kepada konsep-konsep atau peringkat-peringkat perkembangan manusia, yang
selalunya dijalankan secara individu dan berkelompok. Satu pendekatan alternatif
kaunseling, yang berasaskan kepada teori daya tahan yang mengutamakan
perkembangan konsep kendiri anak yatim diperkenalkan. Objektif kertas kerja ini
adalah untuk meneroka keperluan kaunseling yang sesuai di rumah anak yatim. Ini
termasuklah strategi-strategi dan teknik-teknik kaunseling ketika bekerja dengan
anak remaja. Satu temubual tidak berstruktur telah dijalankan di rumah anak yatim
di Pahang. Sesi temubual adalah selama dua jam. Data telah dirakan secara audio
dan ditranskrip. Hasil temubual didapati bahawa terdapat pandangan yang
berlawanan daripada ketiga-tiga penjaga di rumah anak yatim ini. Artikel ini juga
membahaskan pembinaan dan perlaksanaan kaedah-kaedah untuk mencabar anak
remaja ini dari segi perspektif negatif, sebenarnya memberi ruang kepada kaunselor
untuk membina perhubungan yang lebih bermakna dengan klien remaja ini dari dua
perspektif iaitu berstruktur dan secara praktikal di rumah anak yatim. Akhir sekali,
cadangan dan implikasi analisis model daya tahan dan konsep kendiri dibincangkan. |
|---|