Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan Dalam Kalangan Graduan di Malaysia
“Bekerja sendiri” sebagai usahawan merupakan kerjaya yang harus diberi perhatian sebagai alternatif oleh para graduan selain makan gaji dalam usaha menghadapi masalah pasaran pekerjaan yang terhad dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan. Oleh itu, pihak berwajib antaranya Kementerian...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
UMIMAS & UMS
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/18340/ http://ir.unimas.my/id/eprint/18340/7/Dimensi%20Personaliti%20Terhadap%20Pembudayaan%20Keusahawanan%20%28abstract%29.pdf |
| Summary: | “Bekerja sendiri” sebagai usahawan merupakan kerjaya yang harus diberi perhatian sebagai alternatif oleh para graduan selain makan gaji dalam usaha menghadapi masalah pasaran pekerjaan yang terhad dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan. Oleh itu, pihak berwajib antaranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan penting dalam membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT dan graduan agar kerjaya usahawan menjadi pilihan setelah tamat pengajian. Justeru, kajian ini mengkaji tahap kompetensi pembudayaan keusahawanan dalam kalangan graduan di Malaysia dengan tumpuan terhadap mereka yang bekerja sendiri. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui survei Kajian Pengesanan Graduan dari tahun 2007 hingga 2009 yang melibatkan 3062 sampel graduan IPTA dan IPTS di Malaysia dan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Faktor. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sahsiah Diri (kematangan, jati diri, keupayaan berdikari, keyakinan diri, berpengetahuan dan kebolehan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan) dan Kemahiran Insaniah (keupayaan menyelesaikan masalah, kritis dan kreatif, analitikal, nilai-nilai positif dan kemahiran berkomunikasi) merupakan dua dimensi personaliti utama dalam diri seseorang graduan yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. |
|---|